BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI :

OKT '16
10

KURSUS UMRAH MINGGUAN OKT 2016 (KUALA LUMPUR)

Assalamualaikum, Untuk Makluman semua,...

Baca selanjutnya
JUL '16
25

NOTIS PRIVASI AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI   RAYHAR TRAVEL...

Baca selanjutnya
Lihat semua

PROFIL

Sejarah Penubuhan dan Perkembangan

 

Ditubuhkan pada 07 haribulan Julai 1990 di bawah Akta Syarikat 1965. Rayhar Travels Sdn Bhd telah memulakan operasi sulungnya dengan membawa seramai 50 orang jemaah haji ke Tanah Suci pada musim haji 1410H. Jumlah jemaah haji yang dikendalikan oleh Syarikat telah bertambah tahun demi tahun dengan pencapaian tertinggi seramai 1,800 orang pada musim haji 1425H.

 

Aktiviti-Aktiviti Perniagaan.

 

Pengendalian Jemaah Haji (tertakluk kepada kelulusan Lembaga Tabung Haji dari satu tahun ke satu tahun) dan Umrah ke Tanah Suci serta mengadakan ziarah dan lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Arab Saudi dan negara-negara Islam yang lain adalah antara aktiviti-aktiviti utama syarikat. Syarikat juga kini menjadi ejen jualan tempahan tiket penerbangan dalam dan luar negeri selain dari mempunyai kepentingan dalam beberapa buah syarikat gabungan yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan pemasaran (khususnya dalam bidang penyewaan tempat penginapan di tanah suci), pelancongan dan perumahan.

 

Penganjuran Kursus Haji dan Umrah secara Percuma.

 

Syarikat juga menganjurkan kursus-kursus haji bersiri secara percuma kepada orang awam di kawasan-kawasan operasi seperti Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Berang, Jerteh, Kuantan, Kuala Lumpur, Shah Alam, Bangi dan Seremban sebagai salah satu amal kebajikan kepada bakal-bakal jemaah haji dan orang ramai. Semoga segala usaha kami diberkati Allah S.W.T juga.



Cetak
http://www.rayhar.com/uno-admin/index.php?cur=cms/menupage&action=edit&id=15