BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI :

JUL '16
25

NOTIS PRIVASI AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI   RAYHAR TRAVEL...

Baca selanjutnya
TEMPOH VISA UMRAH DIHAD 14 HARI

TEMPOH VISA UMRAH DIHAD 14 HARI

Kuala Lumpur: Berkuat kuasa semalam, tempo...

Baca selanjutnya
Lihat semua

BEIJING 25 - 30 MAC 2019

Kod pakej : BEIJING 25 MAC - 30 MAC 2019
Tarikh pelancongan : 25 Mac 2019 - 30 Mac 2019
Negara : China
DARI  RM 2,890.00
*Tertakluk kepada terma dan syarat pakej

Harga

                   HARGA MENGIKUT BILIK                     (SEORANG)

HARGA PAKEJ
(RM)

DEWASA BILIK BERDUA/BERTIGA

2,890

KANAK-KANAK DENGAN KATIL (02-11 TAHUN)

2,680

KANAK-KANAK TANPA KATIL (2-11 TAHUN)

2,390

BAYI (01-23 BULAN)

550

 

Aturcara Perjalanan

MAKLUMAT JADUAL PERJALANAN

(25 MAC) HARI PERTAMA: KL Berlepas – Beijing

  • Berlepas daripada KLIA pada pukul 18:20
     

(26 MAC) HARI KE-2: Beijing (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Tiba di Beijing pada 00:20 pagi
  • Disambut oleh pemandu pelancong dan dibawa daftar masuk ke hotel
  • Sarapan pagi di hotel
  • Melawat Tian An Men Square
  • Melawat Forbidden City
  • Makan tengah hari di restoran Halal
  • Solat di Masjid Fayuan
  • Melawat Shichahai Hutong – aktiviti tricycle tour
  • Menyaksikan persembahan Acrobatic Show

 

(27 MAC) HARI KE-3: Beijing (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi
  • Melawat Summer Palace
  • Singgah di Zoo Beijing – Panda Hall
  • Makan tengah hari dan menunaikan solat di Masjid Niu Jie
  • Membeli-belah di Muslim Supermarket dan Xi Shui Market
  • Singgah di The Place LED screen

 

(28 MAC) HARI KE-4: Beijing (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi
  • Bergerak ke Great Wall of China
  • Makan tengah hari
  • Melawat Bird Nest & Water Cube
  • Membeli-belah di Wang Fu Jing Street
  • Makan malam

 

(29 MAC)  HARI KE-5: Beijing (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
  • Membeli-belah di Qianmen Shopping Street
  • Makan tengah hari dan menunaikan solat di Masjid Nan Douya
  • Singgah di Hong Qiao Market
  • Makan malam
  • Dibawa ke lapangan terbang antarabangsa untuk pelepasan pulang (ETA: 30 Mac, 0130)

 

(30 MAC) HARI KE-6: Beijing – Berlepas Pulang

  • Berlepas ke Malaysia pada awal pagi (ETD:0130)

 

 

*Aturcara perjalanan adalah tertakluk sebarang kepada perubahan

 

Harga Pakej Termasuk

PAKEJ TERMASUK

  • Penginapan 4 malam di hotel beserta sarapan pagi
  • Tiket penerbangan antarabangsa (Malaysia Airlines)
  • Hidangan makan minum halal seperti dalam jadual
  • Bayaran masuk ke lokasi yang dinyatakan dalam jadual
  • Lawatan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Bayaran masuk ke Panda Hall
  • Bayaran Tricycle tour
  • Kenderaan dan pemandu pelancong berbahasa Inggeris
  • 1 botol air mineral sehari
  • Tips untuk pemandu/pemandu pelancong
  • Visa
  • Barangan Komplimentari dari Rayhar Travels

 

 

 

 

Harga Pakej Tidak Termasuk

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Insurans perjalanan
  • Kos perbelanjaan / beli-belah
  • Lawatan ke tempat selain dalam aturcara
  • Panggilan telefon di hotel, mini bar dan lain-lain
  • Makan selain dalam aturcara

Maklumat Mesti Dibaca

MAKLUMAT PENTING YANG PERLU DIBACA

  • Kemudahan seterika kebiasaanya tidak disediakan di hotel.
  • Sebarang perubahan pada aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tiba di Malaysia.
  • Salinan passport hendaklah di fax / emel / pos 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Penempahan 3 orang sebilik kebiasaanya disediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua kerana tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room).
  • Peserta dinasihatkan agar membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana kebiasaanya lawatan banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta juga perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PAKEJ PELANCONGAN

1.      BAYARAN PENDAHULUAN SEBANYAK RM 500.00 SEORANG SEMASA MEMBUAT PENDAFTARAN DAN TIDAK DIKEMBALIKAN JIKA BERLAKU PEMBATALAN TANPA SEBAB MUNASABAH.

2.      UNTUK PAKEJ PERKHIDMATAN PENGENDALIAN (GROUND SERVICE) TANPA TIKET PENERBANGAN, DEPOSIT SEBANYAK 30% DARIPADA HARGA PERKHIDMATAN TERSEBUT PERLU DIBAYAR SEMASA TEMPAHAN DIBUAT.

3.      TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN PERLU DIJELASKAN SEPENUHNYA SEMASA PENGELUARAN TIKET DIBUAT BAGI MENGELAKKAN SEBARANG PERUBAHAN HARGA.

4.      HARGA YANG TERTERA DI BROSUR ATAU LAMAN WEB ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT.

5.      HARGA YANG DINYATAKAN ADALAH BELUM MUKTAMAD, SEHINGGALAH TEMPAHAN TIKET DIBUAT ATAU INVOIS PEMBAYARAN TELAH DIKELUARKAN.

6.      SUSUNAN TEMPAT DUDUK DALAM PENERBANGAN UNTUK TEMPAHAN BERKUMPULAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERATURAN SYARIKAT PENERBANGAN.

7.      HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN MATA WANG, SURCAJ BAHAN API, CUKAI, TEMPAT DUDUK, BILIK ATAU KEKOSONGAN TEMPAHAN LAWATAN. HARGA AKHIR AKAN DINYATAKAN SEMASA PENGELUARAN TIKET ATAU INVOIS BERSERTA JADUAL PERJALANAN.

8.      SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN TEMPAHAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. SESETENGAH PROMOSI TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN. CAJ TERTENTU AKAN DIKENAKAN UNTUK SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN SELEPAS TEMPAHAN DIBUAT.

9.      TIKET PENERBANGAN YANG TELAH DIKELUARKAN TERTAKLUK KEPADA SYARAT “NON-REROUTABLE/NON-ENDORSABLE/NON-REFUNDABLE OLEH PIHAK PENERBANGAN DAN SEBARANG ‘REFUND’ JIKA ADA TERTAKLUK KEPADA BUDI BICARA PIHAK PENERBANGAN.

10.  BAYARAN PAKEJ BERSERTA KOS VISA TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PEMBATALAN TEMPAHAN DIBUAT MELAINKAN DIBERI KELONGGARAN OLEH PIHAK-PIHAK BERKAITAN.

11.  SEBARANG PERTUKARAN DAN PEMBATALAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA TERUS DI PEJABAT RAYHAR TRAVELS SDN BHD PADA WAKTU PEJABAT (KECUALI CUTI UMUM).

12.  NAMA PESERTA MESTILAH MENGIKUT PASPORT SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. PERTUKARAN NAMA TIDAK DIBENARKAN SELEPAS PENGELUARAN TIKET DIBUAT.

13.  PESERTA HENDAKLAH MEMPUNYAI PASPORT ANTARABANGSA ATAU DOKUMEN PERJALANAN YANG DIIKTIRAF DAN SAH SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN DARI TARIKH KEMBALI KE NEGARA ASAL DAN JUGA VISA, SURAT VAKSINASI ATAU SIJIL KESIHATAN SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA DI NEGARA-NEGARA YANG AKAN DIKUNJUNGI.

14.  PESERTA DIGALAKKAN UNTUK MEMBELI INSURANS PERJALANAN UNTUK MELINDUNGI DIRI MEREKA DARIPADA KEMALANGAN, PENYAKIT, KEHILANGAN WANG ATAU BAGASI, PEMBATALAN DAN KELEWATAN PENERBANGAN.

15.  PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN BOLEH MENGENAKAN SEBARANG SEKATAN ATAU SYARAT-SYARAT PERJALANAN TAMBAHAN PADA BILA-BILA MASA.

16.  SYARAT DAN PERATURAN DIATAS HENDAKLAH DIBACA BERSAMA DENGAN TERMA DAN SYARAT AKTA INDUSTRI PELANCONGAN YANG DISERTAKAN BERSAMA.

17.  ATURCARA PAKEJ YANG DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JADUAL PENERBANGAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN DI MALAYSIA. SEBARANG TARIKH, LALUAN DAN MASA PENERBANGAN (RESCHEDULE) ADALAH TERTAKLUK KEPADA PIHAK PENERBANGAN DAN PENGURUSAN EJEN KAMI DI LUAR NEGARA.

18.  SEMUA PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PAKEJ LAWATAN KAMI DIANGGAP TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN MENERIMA SEMUA TERMA DAN SYARAT DI ATAS.



Cetak
http://www.rayhar.com/uno-admin/index.php?cur=cms/menupage&action=edit&id=15