BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI :

JUL '16
25

NOTIS PRIVASI AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI   RAYHAR TRAVEL...

Baca selanjutnya
TEMPOH VISA UMRAH DIHAD 14 HARI

TEMPOH VISA UMRAH DIHAD 14 HARI

Kuala Lumpur: Berkuat kuasa semalam, tempo...

Baca selanjutnya
Lihat semua

OSAKA & TOKYO 25 APRIL – 01 MEI 2019 (ALPINE ROUTE)

Kod pakej : OSAKA & TOKYO 25 APRIL – 01 MEI 2019
Tarikh pelancongan : 25 Apr 2019 - 01 Mei 2019
Negara : Japan
DARI  RM 7,790.00
*Tertakluk kepada terma dan syarat pakej

Harga

          HARGA MENGIKUT BILIK            (SEORANG)

HARGA PAKEJ
(RM)

DEWASA BILIK SEORANG

8,990

DEWASA BILIK BERDUA/BERTIGA

7,790

KANAK-KANAK DENGAN KATIL (02-11 TAHUN)

7,290

KANAK-KANAK TANPA KATIL (02-11 TAHUN)

6,290

BAYI (01-23 BULAN)

1,600

 

Aturcara Perjalanan

MAKLUMAT JADUAL PERJALANAN

(26 APR) HARI PERTAMA: Ketibaan – Osaka – Gifu (Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dan disambut oleh pemandu pelancong
  • Mengunjungi Osaka Castle
  • Mengunjungi Arashiyama Bamboo Forest
  • Bergerak ke Bandar Gifu
  • Bermalam di Gifu

 

(27 APR) HARI KE-2: Gifu-Toyama (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel
  • Bergerak ke Perkampungan Shirakawago
  • Menikmati pemandangan Tulip Festival di Tonami Tulip Park atau Takayama Old Town
  • Bermalam di Toyama

 

(28 APR) HARI KE-3 Toyama – Nagano – Mount Fuji (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel
  • Bergerak ke Tateyama Kurobe Alpine Route
  • Menikmati pemandangan Shibazakura Festival di area Mt.Fuji
  • Bermalam di Mt.Fuji

 

(29 APR) HARI KE-4: Mount Fuji – Tokyo (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel
  • Menaiki Cruise di Lake Ashi di sekitar Mt. Fuji
  • Menaiki Komagatake Ropeway sambal menikmati pemandangan pergunungan
  • Membeli-belah di Gotemba Premium Outlet berhampiran Mt. Fuji
  • Bergerak ke bandar Tokyo
  • Bermalam di Tokyo

 

(30 APR) HARI KE-5: Tokyo (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Bergerak ke Asakusa (Nakamise Shopping Street)
  • Bergerak ke Shibuya, kemudian ke Harajuku (Takeshita Street)
  • Membeli-belah di Ameyoko Street, Ueno
  • Kembali ke hotel dan bermalam di Tokyo

 

 (01 MEI) HARI KE-6: Narita – Berlepas Pulang

  • Daftar keluar hotel dan sarapan pagi (halal bento box)
  • Dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air

*Aturcara perjalanan adalah tertakluk sebarang kepada perubahan

 

Harga Pakej Termasuk

PAKEJ TERMASUK

  • Penginapan di hotel beserta sarapan pagi
  • Tiket penerbangan antarabangsa (Malaysia Airlines)
  • Makan tengahari & makan malam (Muslim halal meal/Japanese Seafood/Muslim halal bento)
  • Kenderaan ke tempat lawatan
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris/Melayu/Indonesia
  • Bayaran masuk ke tempat lawatan seperti dinyatakan dalam aturcara
  • 1 botol air mineral untuk seorang/sehari
  • Surcaj hujung minggu
  • Tips untuk pemandu dan pemandu pelancong
  • Barangan Komplimentari dari Rayhar Travels

 

 

 

 

Harga Pakej Tidak Termasuk

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Insurans perjalanan
  • Kos perbelanjaan / beli-belah
  • Makan selain dalam aturcara
  • Bayaran bagasi lebih had
  • Panggilan telefon di hotel, mini bar dan lain-lain

Maklumat Mesti Dibaca

MAKLUMAT PENTING YANG PERLU DIBACA

  • Kemudahan seterika kebiasaanya tidak disediakan di hotel.
  • Sebarang perubahan pada aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tiba di Malaysia.
  • Salinan passport hendaklah di fax / emel / pos 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Penempahan 3 orang sebilik kebiasaanya disediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua kerana tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room).
  • Peserta dinasihatkan agar membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana kebiasaanya lawatan banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta juga perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PAKEJ PELANCONGAN

1.      BAYARAN PENDAHULUAN SEBANYAK RM 500.00 SEORANG SEMASA MEMBUAT PENDAFTARAN DAN TIDAK DIKEMBALIKAN JIKA BERLAKU PEMBATALAN TANPA SEBAB MUNASABAH.

2.      UNTUK PAKEJ PERKHIDMATAN PENGENDALIAN (GROUND SERVICE) TANPA TIKET PENERBANGAN, DEPOSIT SEBANYAK 30% DARIPADA HARGA PERKHIDMATAN TERSEBUT PERLU DIBAYAR SEMASA TEMPAHAN DIBUAT.

3.      TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN PERLU DIJELASKAN SEPENUHNYA SEMASA PENGELUARAN TIKET DIBUAT BAGI MENGELAKKAN SEBARANG PERUBAHAN HARGA.

4.      HARGA YANG TERTERA DI BROSUR ATAU LAMAN WEB ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT.

5.      HARGA YANG DINYATAKAN ADALAH BELUM MUKTAMAD, SEHINGGALAH TEMPAHAN TIKET DIBUAT ATAU INVOIS PEMBAYARAN TELAH DIKELUARKAN.

6.      SUSUNAN TEMPAT DUDUK DALAM PENERBANGAN UNTUK TEMPAHAN BERKUMPULAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERATURAN SYARIKAT PENERBANGAN.

7.      HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN MATA WANG, SURCAJ BAHAN API, CUKAI, TEMPAT DUDUK, BILIK ATAU KEKOSONGAN TEMPAHAN LAWATAN. HARGA AKHIR AKAN DINYATAKAN SEMASA PENGELUARAN TIKET ATAU INVOIS BERSERTA JADUAL PERJALANAN.

8.      SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN TEMPAHAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. SESETENGAH PROMOSI TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN. CAJ TERTENTU AKAN DIKENAKAN UNTUK SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN SELEPAS TEMPAHAN DIBUAT.

9.      TIKET PENERBANGAN YANG TELAH DIKELUARKAN TERTAKLUK KEPADA SYARAT “NON-REROUTABLE/NON-ENDORSABLE/NON-REFUNDABLE OLEH PIHAK PENERBANGAN DAN SEBARANG ‘REFUND’ JIKA ADA TERTAKLUK KEPADA BUDI BICARA PIHAK PENERBANGAN.

10.  BAYARAN PAKEJ BERSERTA KOS VISA TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PEMBATALAN TEMPAHAN DIBUAT MELAINKAN DIBERI KELONGGARAN OLEH PIHAK-PIHAK BERKAITAN.

11.  SEBARANG PERTUKARAN DAN PEMBATALAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA TERUS DI PEJABAT RAYHAR TRAVELS SDN BHD PADA WAKTU PEJABAT (KECUALI CUTI UMUM).

12.  NAMA PESERTA MESTILAH MENGIKUT PASPORT SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. PERTUKARAN NAMA TIDAK DIBENARKAN SELEPAS PENGELUARAN TIKET DIBUAT.

13.  PESERTA HENDAKLAH MEMPUNYAI PASPORT ANTARABANGSA ATAU DOKUMEN PERJALANAN YANG DIIKTIRAF DAN SAH SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN DARI TARIKH KEMBALI KE NEGARA ASAL DAN JUGA VISA, SURAT VAKSINASI ATAU SIJIL KESIHATAN SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA DI NEGARA-NEGARA YANG AKAN DIKUNJUNGI.

14.  PESERTA DIGALAKKAN UNTUK MEMBELI INSURANS PERJALANAN UNTUK MELINDUNGI DIRI MEREKA DARIPADA KEMALANGAN, PENYAKIT, KEHILANGAN WANG ATAU BAGASI, PEMBATALAN DAN KELEWATAN PENERBANGAN.

15.  PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN BOLEH MENGENAKAN SEBARANG SEKATAN ATAU SYARAT-SYARAT PERJALANAN TAMBAHAN PADA BILA-BILA MASA.

16.  SYARAT DAN PERATURAN DIATAS HENDAKLAH DIBACA BERSAMA DENGAN TERMA DAN SYARAT AKTA INDUSTRI PELANCONGAN YANG DISERTAKAN BERSAMA.

17.  ATURCARA PAKEJ YANG DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JADUAL PENERBANGAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN DI MALAYSIA. SEBARANG TARIKH, LALUAN DAN MASA PENERBANGAN (RESCHEDULE) ADALAH TERTAKLUK KEPADA PIHAK PENERBANGAN DAN PENGURUSAN EJEN KAMI DI LUAR NEGARA.

18.  SEMUA PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PAKEJ LAWATAN KAMI DIANGGAP TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN MENERIMA SEMUA TERMA DAN SYARAT DI ATAS.



Cetak
http://www.rayhar.com/uno-admin/index.php?cur=cms/menupage&action=edit&id=15