BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI :

OKT '16
10

KURSUS UMRAH MINGGUAN OKT 2016 (KUALA LUMPUR)

Assalamualaikum, Untuk Makluman semua,...

Baca selanjutnya
JUL '16
25

NOTIS PRIVASI AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI   RAYHAR TRAVEL...

Baca selanjutnya
Lihat semua

ISTANBUL,TURKI 14 – 23 FEB

Kod pakej : ISTANBUL,TURKI 14 FEB – 23 FEB 2018
Tarikh pelancongan : 14 Feb 2018 - 23 Feb 2018
Negara : Turkey
DARI  RM 4,690.00
*Tertakluk kepada terma dan syarat pakej

Harga

                   HARGA MENGIKUT BILIK                   (SEORANG)

     HARGA ASAL      (RM)

HARGA PROMOSI (RM)

DEWASA BILIK SEORANG

5,665

5,465

DEWASA  BILIK BERDUA/ BERTIGA

4,890

4,690

KANAK-KANAK DENGAN KATIL (02 – 11 TAHUN)

4,390

4,190

KANAK-KANAK TANPA KATIL (02 – 11 TAHUN)

4,020

3,820

BAYI (01 – 23 BULAN)

850

650

 

Aturcara Perjalanan

MAKLUMAT JADUAL PERJALANAN

(15 FEB) HARI 1: ketibaan – Istanbul – Bursa (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Berlepas dari KLIA pada 14 FEB – (ETD: 2335/0620+1)

·         Tiba di Istanbul dan disambut oleh pemandu pelancong

·         Bergerak ke Eskihisar Ferry Port untuk ke Yalova, Orhangazi dan Gemlik

·         Bergerak ke Bursa

·         Melawat Ulu Mosque dan Green Mosque

·         Melawat Green Mausoleum

·         Membeli-belah di Silk Market

·         Daftar masuk hotel dan bermalam di Bursa

 

(16 FEB) HARI 2: Bursa – Pamukkale (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Sarapan pagi dan daftar keluar hotel

·         Bergerak ke Pamukkale

·         Menikmati Thermal Bath

·         Melawat Antique City of Hierapolis

·         Daftar masuk hotel dan bermalam di Pamukkale

 

(17 FEB) HARI 3: Pamukkale – Konya – Cappadocia (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Sarapan pagi dan daftar keluar hotel

·         Melawat Mevlana Museum

·         Bergerak ke Cappadocia

·         Singgah di Sultanhani Caravanserai

·         Tiba di Cappadocia dan daftar masuk hotel

·         Pilihan: Cappadocia Night Show – Belly Dance & Folklore Show

 

(18 FEB) HARI 4: Cappadocia (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Pilihan: Hot Air Balloon 

·         Sarapan pagi

·         Melawat Underground City of Kaymakli

·         Melawat Uchisar Village dan Pasabag Valley

·         Melawat Carpet Factory & Ebru Painting di Avanos Village

·         Bermalam di Cappadocia

 

(19 FEB) HARI 5: Cappadocia – Bolu (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Sarapan pagi dan daftar keluar hotel

·         Mengunjungi Jewellery Shop

·         Bergerak ke Bolu dan melawat Lake Abant

·         Daftar masuk hotel dan bermalam di Bolu

 

 (20 FEB) HARI 6: Bolu – Istanbul (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Sarapan pagi dan daftar keluar hotel

·         Bergerak ke Istanbul

·         Mengunjungi Leather Shop

·         Melawat Al-Fatih Mosque

·         Daftar masuk hotel dan bermalam di Istanbul

 

(21 FEB) HARI 7: Istanbul (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Sarapan pagi

·         Melawat Blue Mosque & Hippodrome

·         Melawat St.Sophia Museum

·         Melawat Topkapi Palace

·         Membeli belah di Grand Bazaar

·         Mengunjungi Spice Market (bergantung pada masa)

·         Bermalam di Istanbul

 

(22 FEB) HARI 8: Istanbul – Berlepas Pulang (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Sarapan pagi

·         Aktiviti bebas sehingga waktu daftar keluar hotel

·         Melawat Eyub El Ensari Mosque

·         Melawat Golden Horn

·         Membeli belah di Shopping Mall

·         Pilihan: Bosphorus Cruise

·         Dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang pada 23 FEB – (ETD: 0155/1720)

 

*Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan

Harga Pakej Termasuk

PAKEJ TERMASUK

·         Penginapan di hotel beserta sarapan pagi

·         Tiket penerbangan antarabangsa (TURKISH AIRLINES)   

·         Kenderaan berhawa dingin untuk ke tempat lawatan

·         Pemandu pelancong berbahasa Inggeris     

·         Bayaran masuk ke lokasi yang dinyatakan dalam jadual    

·         Bayaran tips kepada pemandu pelancong     

·         Porter / khidmat mengangkut barang di hotel   

·         Hidangan makan minum seperti dalam jadual  

·         Air minuman ketika makan tengah hari dan makan malam    

·         2 botol kecil air minuman sehari dalam bas   

·         Barangan komplimentari dari Rayhar Travels

Harga Pakej Tidak Termasuk

PAKEJ TIDAK TERMASUK

·         Insurans perjalanan

·         Kos perbelanjaan/ beli-belah

·         Makan selain dalam atur cara

·         Bayaran bagasi lebih had

·         Caj peribadi di hotel: Panggilan telefon, mini bar dan lain-lain

·         Pilihan lawatan: Belly Dance & Floklore Show / Hot Air Balloon / Bosphorus Cruise

Maklumat Mesti Dibaca

MAKLUMAT PENTING YANG PERLU DIBACA

  • Kemudahan seterika kebiasaanya tidak disediakan di hotel.
  • Sebarang perubahan pada aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tiba di Malaysia.
  • Salinan passport hendaklah di fax / emel / pos 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Penempahan 3 orang sebilik kebiasaanya disediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua kerana tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room).
  • Peserta dinasihatkan agar membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana kebiasaanya lawatan banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta juga perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PAKEJ PELANCONGAN

1.      BAYARAN PENDAHULUAN SEBANYAK RM 500.00 SEORANG SEMASA MEMBUAT PENDAFTARAN DAN TIDAK DIKEMBALIKAN JIKA BERLAKU PEMBATALAN TANPA SEBAB MUNASABAH.

2.      UNTUK PAKEJ PERKHIDMATAN PENGENDALIAN (GROUND SERVICE) TANPA TIKET PENERBANGAN, DEPOSIT SEBANYAK 30% DARIPADA HARGA PERKHIDMATAN TERSEBUT PERLU DIBAYAR SEMASA TEMPAHAN DIBUAT.

3.      TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN PERLU DIJELASKAN SEPENUHNYA SEMASA PENGELUARAN TIKET DIBUAT BAGI MENGELAKKAN SEBARANG PERUBAHAN HARGA.

4.      HARGA YANG TERTERA DI BROSUR ATAU LAMAN WEB ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT.

5.      HARGA YANG DINYATAKAN ADALAH BELUM MUKTAMAD, SEHINGGALAH TEMPAHAN TIKET DIBUAT ATAU INVOIS PEMBAYARAN TELAH DIKELUARKAN.

6.      SUSUNAN TEMPAT DUDUK DALAM PENERBANGAN UNTUK TEMPAHAN BERKUMPULAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERATURAN SYARIKAT PENERBANGAN.

7.      HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN MATA WANG, SURCAJ BAHAN API, CUKAI, TEMPAT DUDUK, BILIK ATAU KEKOSONGAN TEMPAHAN LAWATAN. HARGA AKHIR AKAN DINYATAKAN SEMASA PENGELUARAN TIKET ATAU INVOIS BERSERTA JADUAL PERJALANAN.

8.      SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN TEMPAHAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. SESETENGAH PROMOSI TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN. CAJ TERTENTU AKAN DIKENAKAN UNTUK SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN SELEPAS TEMPAHAN DIBUAT.

9.      TIKET PENERBANGAN YANG TELAH DIKELUARKAN TERTAKLUK KEPADA SYARAT “NON-REROUTABLE/NON-ENDORSABLE/NON-REFUNDABLE OLEH PIHAK PENERBANGAN DAN SEBARANG ‘REFUND’ JIKA ADA TERTAKLUK KEPADA BUDI BICARA PIHAK PENERBANGAN.

10.  BAYARAN PAKEJ BERSERTA KOS VISA TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PEMBATALAN TEMPAHAN DIBUAT MELAINKAN DIBERI KELONGGARAN OLEH PIHAK-PIHAK BERKAITAN.

11.  SEBARANG PERTUKARAN DAN PEMBATALAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA TERUS DI PEJABAT RAYHAR TRAVELS SDN BHD PADA WAKTU PEJABAT (KECUALI CUTI UMUM).

12.  NAMA PESERTA MESTILAH MENGIKUT PASPORT SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. PERTUKARAN NAMA TIDAK DIBENARKAN SELEPAS PENGELUARAN TIKET DIBUAT.

13.  PESERTA HENDAKLAH MEMPUNYAI PASPORT ANTARABANGSA ATAU DOKUMEN PERJALANAN YANG DIIKTIRAF DAN SAH SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN DARI TARIKH KEMBALI KE NEGARA ASAL DAN JUGA VISA, SURAT VAKSINASI ATAU SIJIL KESIHATAN SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA DI NEGARA-NEGARA YANG AKAN DIKUNJUNGI.

14.  PESERTA DIGALAKKAN UNTUK MEMBELI INSURANS PERJALANAN UNTUK MELINDUNGI DIRI MEREKA DARIPADA KEMALANGAN, PENYAKIT, KEHILANGAN WANG ATAU BAGASI, PEMBATALAN DAN KELEWATAN PENERBANGAN.

15.  PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN BOLEH MENGENAKAN SEBARANG SEKATAN ATAU SYARAT-SYARAT PERJALANAN TAMBAHAN PADA BILA-BILA MASA.

16.  SYARAT DAN PERATURAN DIATAS HENDAKLAH DIBACA BERSAMA DENGAN TERMA DAN SYARAT AKTA INDUSTRI PELANCONGAN YANG DISERTAKAN BERSAMA.

17.  ATURCARA PAKEJ YANG DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JADUAL PENERBANGAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN DI MALAYSIA. SEBARANG TARIKH, LALUAN DAN MASA PENERBANGAN (RESCHEDULE) ADALAH TERTAKLUK KEPADA PIHAK PENERBANGAN DAN PENGURUSAN EJEN KAMI DI LUAR NEGARA.

18.  SEMUA PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PAKEJ LAWATAN KAMI DIANGGAP TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN MENERIMA SEMUA TERMA DAN SYARAT DI ATAS.



Cetak
http://www.rayhar.com/uno-admin/index.php?cur=cms/menupage&action=edit&id=15