BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI :

OKT '16
10

KURSUS UMRAH MINGGUAN OKT 2016 (KUALA LUMPUR)

Assalamualaikum, Untuk Makluman semua,...

Baca selanjutnya
JUL '16
25

NOTIS PRIVASI AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI   RAYHAR TRAVEL...

Baca selanjutnya
Lihat semua

AMMAN & BAITULMAQDIS 10 - 17 APRIL 2018

Kod pakej : AMMAN & BAITULMAQDIS 10 APR - 17 APR 2018
Tarikh pelancongan : 10 Apr 2018 - 17 Apr 2018
ISRAK MIKRAJ DI MASJID AL AQSA
DARI  RM 7,990.00
*Tertakluk kepada terma dan syarat pakej
Pakej berikut telah penuh.

Harga

HARGA MENGIKUT BILIK

                (SEORANG)                                              

HARGA PAKEJ

(RM)

DEWASA BILIK SEORANG

9,790

DEWASA BILIK BERDUA/BERTIGA

7,990

KANAK-KANAK (07-11 TAHUN)

7,490

KANAK-KANAK (02-06 TAHUN)

7,190

BAYI (01-23 BULAN)

1,890

 

Aturcara Perjalanan

MAKLUMAT JADUAL PERJALANAN

(10APR) HARI PERTAMA: Ketibaan – Amman (Makan Malam)

  • Berlepas dari Kuala Lumpur pada – (ETD/ETA: 0910/1220), transit di Doha dan berlepas ke Amman pada (ETD: 1640)
  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, dan disambut oleh pemandu pelancong (ETA: 1940)
  • Dibawa daftar masuk ke hotel dan makan malam
  • Bermalam di Amman

 

(11APR) HARI KE-2: Amman (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Melawat Makam Bilal bin Rabbah & Abdurahman bin Ouf dan makan tengahari
  • Melawat Kota Lama Amman (Downtown) dan kejiranan moden
  • Melawat Blue Mosque
  • Melawat Husseini Mosque
  • Makan malam dan bermalam di Amman

 

(12APR) HARI KE-3: Amman – Baitulmaqdis (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi
  • Bergerak ke Allenby Bridge untuk merentasi sempadan ke Baitulmaqdis
  • Dibawa melawat Makam Nabi Musa
  • Melawat Mt of Olives: Rabaah El-Adawieh, Masjid Salman Al-Farisi
  • Dibawa daftar masuk ke hotel dan makan malam
  • Bermalam di Baitulmaqdis

 

(13APR) HARI KE-4: Baitulmaqdis (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Berpeluang Solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa
  • Makan tengahari
  • Melawat Dome of the Rock
  • Melawat Masjid Al-Aqsa
  • Melawat Masjid Al-Buraq
  • Melawat Makam Saydina Isa
  • Melawat Kota Lama Baitulmaqdis
  • Mengunjungi Bazaar dengan berjalan kaki
  • Makan malam dan bermalam di Baitulmaqdis

 

   (14APR) HARI KE-5: Baitulmaqdis (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Bergerak ke Hebron
  • Melawat Al Haram Al-Ibrahimi dan Masjid El-Ibrahimi
  • Melawat Makam Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya
  • Makan tengahari
  • Bergerak ke Bethlehem
  • Melawat tempat lahir Nabi Isa a.s
  • Makan malam dan bermalam di Baitulmaqdis

 

   (15APR) HARI KE-6: Baitulmaqdis – Amman (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi
  • Dibawa ke Allenby Bridge untuk merentasi sempadan ke Jordan
  • Melawat Makam Nabi Suib a.s
  • Melawat Laut Mati “Dead Sea” dan makan tengahari
  • Melawat 7 Sleepers Cave (Ashab Al Kahf)
  • Dibawa ke hotel untuk makan malam dan bermalam di Amman

 

   (16APR) HARI KE-7: Amman – Petra (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi
  • Bergerak ke Petra
  • Lawatan sepenuh hari di Petra (7 New Wonders of the World)
  • Melawat Khazneh (Treasury)
  • Makan malam dan bermalam di Petra

 

   (17APR) HARI KE-8: Petra – Amman – Berlepas Pulang (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi
  • Bergerak ke Mutah
  • Melawat Makam Zaid bin Haritha, Mu’tah bin Jabal, Jaafar ibn Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah yang terletak di Al-Mazar Al-Janubi
  • Makan tengahari dan bergerak pulang ke Amman
  • Dibawa ke lapangan terbang Amman untuk penerbangan pulang (ETD: 2115)

 

*Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan


 

Harga Pakej Termasuk

PAKEJ TERMASUK

  • Penginapan di hotel
  • Tiket penerbangan antarabangsa (Qatar Airways+30kg luggage)
  • Semua Visa dan Cukai Sempadan (Borders taxes)
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris di Jordan & Baitulmaqdis
  • Kenderaan persendirian berhawa dingin ke tempat lawatan
  • Semua bayaran masuk seperti dalam jadual
  • Bayaran masuk ke Petra
  • Sarapan Pagi dan Makan Malam di Hotel
  • Makan tengahari di restoran semasa lawatan
  • Air mineral 1 botol seorang sehari semasa lawatan
  • Air mineral 1 botol besar untuk 4 orang semasa Makan Tengahari
  • Perkhidmatan porter di lapangan terbang dan hotel
  • Visa ke Baitulmaqdis
  • Tips untuk pemandu pelancong dan pemandu
  • Barangan komplimentari dari Rayhar Travels

 

Harga Pakej Tidak Termasuk

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Insurans perjalanan
  • Tips untuk “horseboy” di Petra
  • Kos perbelanjaan/ beli-belah dan bayaran bagasi lebih had
  • Makan selain dalam atur cara
  • Caj peribadi di hotel: Panggilan telefon, mini bar dan lain-lain

 

Maklumat Mesti Dibaca

MAKLUMAT PENTING YANG PERLU DIBACA

  • Kemudahan seterika kebiasaanya tidak disediakan di hotel.
  • Sebarang perubahan pada aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tiba di Malaysia.
  • Salinan passport hendaklah di fax / emel / pos 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Penempahan 3 orang sebilik kebiasaanya disediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua kerana tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room).
  • Peserta dinasihatkan agar membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana kebiasaanya lawatan banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta juga perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PAKEJ PELANCONGAN

1.      BAYARAN PENDAHULUAN SEBANYAK RM 500.00 SEORANG SEMASA MEMBUAT PENDAFTARAN DAN TIDAK DIKEMBALIKAN JIKA BERLAKU PEMBATALAN TANPA SEBAB MUNASABAH.

2.      UNTUK PAKEJ PERKHIDMATAN PENGENDALIAN (GROUND SERVICE) TANPA TIKET PENERBANGAN, DEPOSIT SEBANYAK 30% DARIPADA HARGA PERKHIDMATAN TERSEBUT PERLU DIBAYAR SEMASA TEMPAHAN DIBUAT.

3.      TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN PERLU DIJELASKAN SEPENUHNYA SEMASA PENGELUARAN TIKET DIBUAT BAGI MENGELAKKAN SEBARANG PERUBAHAN HARGA.

4.      HARGA YANG TERTERA DI BROSUR ATAU LAMAN WEB ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT.

5.      HARGA YANG DINYATAKAN ADALAH BELUM MUKTAMAD, SEHINGGALAH TEMPAHAN TIKET DIBUAT ATAU INVOIS PEMBAYARAN TELAH DIKELUARKAN.

6.      SUSUNAN TEMPAT DUDUK DALAM PENERBANGAN UNTUK TEMPAHAN BERKUMPULAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERATURAN SYARIKAT PENERBANGAN.

7.      HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN MATA WANG, SURCAJ BAHAN API, CUKAI, TEMPAT DUDUK, BILIK ATAU KEKOSONGAN TEMPAHAN LAWATAN. HARGA AKHIR AKAN DINYATAKAN SEMASA PENGELUARAN TIKET ATAU INVOIS BERSERTA JADUAL PERJALANAN.

8.      SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN TEMPAHAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. SESETENGAH PROMOSI TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN. CAJ TERTENTU AKAN DIKENAKAN UNTUK SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN SELEPAS TEMPAHAN DIBUAT.

9.      TIKET PENERBANGAN YANG TELAH DIKELUARKAN TERTAKLUK KEPADA SYARAT “NON-REROUTABLE/NON-ENDORSABLE/NON-REFUNDABLE OLEH PIHAK PENERBANGAN DAN SEBARANG ‘REFUND’ JIKA ADA TERTAKLUK KEPADA BUDI BICARA PIHAK PENERBANGAN.

10.  BAYARAN PAKEJ BERSERTA KOS VISA TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PEMBATALAN TEMPAHAN DIBUAT MELAINKAN DIBERI KELONGGARAN OLEH PIHAK-PIHAK BERKAITAN.

11.  SEBARANG PERTUKARAN DAN PEMBATALAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA TERUS DI PEJABAT RAYHAR TRAVELS SDN BHD PADA WAKTU PEJABAT (KECUALI CUTI UMUM).

12.  NAMA PESERTA MESTILAH MENGIKUT PASPORT SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. PERTUKARAN NAMA TIDAK DIBENARKAN SELEPAS PENGELUARAN TIKET DIBUAT.

13.  PESERTA HENDAKLAH MEMPUNYAI PASPORT ANTARABANGSA ATAU DOKUMEN PERJALANAN YANG DIIKTIRAF DAN SAH SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN DARI TARIKH KEMBALI KE NEGARA ASAL DAN JUGA VISA, SURAT VAKSINASI ATAU SIJIL KESIHATAN SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA DI NEGARA-NEGARA YANG AKAN DIKUNJUNGI.

14.  PESERTA DIGALAKKAN UNTUK MEMBELI INSURANS PERJALANAN UNTUK MELINDUNGI DIRI MEREKA DARIPADA KEMALANGAN, PENYAKIT, KEHILANGAN WANG ATAU BAGASI, PEMBATALAN DAN KELEWATAN PENERBANGAN.

15.  PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN BOLEH MENGENAKAN SEBARANG SEKATAN ATAU SYARAT-SYARAT PERJALANAN TAMBAHAN PADA BILA-BILA MASA.

16.  SYARAT DAN PERATURAN DIATAS HENDAKLAH DIBACA BERSAMA DENGAN TERMA DAN SYARAT AKTA INDUSTRI PELANCONGAN YANG DISERTAKAN BERSAMA.

17.  ATURCARA PAKEJ YANG DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JADUAL PENERBANGAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN DI MALAYSIA. SEBARANG TARIKH, LALUAN DAN MASA PENERBANGAN (RESCHEDULE) ADALAH TERTAKLUK KEPADA PIHAK PENERBANGAN DAN PENGURUSAN EJEN KAMI DI LUAR NEGARA.

18.  SEMUA PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PAKEJ LAWATAN KAMI DIANGGAP TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN MENERIMA SEMUA TERMA DAN SYARAT DI ATAS.



Cetak
http://www.rayhar.com/uno-admin/index.php?cur=cms/menupage&action=edit&id=15