BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI :

OKT '16
10

KURSUS UMRAH MINGGUAN OKT 2016 (KUALA LUMPUR)

Assalamualaikum, Untuk Makluman semua,...

Baca selanjutnya
JUL '16
25

NOTIS PRIVASI AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI   RAYHAR TRAVEL...

Baca selanjutnya
Lihat semua

OSAKA - TOKYO 01 - 07 DIS

Kod pakej : JEPUN 01 DIS - 07 DIS 2017
Tarikh pelancongan : 01 Dis 2017 - 07 Dis 2017
Negara : Japan
DARI  RM 6,590.00
*Tertakluk kepada terma dan syarat pakej

Aturcara Perjalanan

MAKLUMAT JADUAL PERJALANAN

(02dec) HARI PERTAMA: Lapangan Terbang Kansai – Wakayama – Osaka (Makan Tengahari, Makan Malam)           

·         Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dan disambut oleh pemandu pelancong

·         Dibawa menonton Wakayama Kuroshio Ichiba Tuna Cutting Show

·         Melawat Osaka Mosque

·         Bergambar di Osaka Castle

·         Mengunjungi Shinsaibashi & Namba Dotonbori

·         Bermalam di Osaka

 

(03dec) HARI KE-2: Osaka – Kyoto – Nara Tour (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Melawat Fushimi Inari Shrine

·         Melawat Kiyomizu Temple

·         Membeli belah di Sannenzaka Shopping Street

·         Melawat Kyoto Mosque

·         Melawat Nara Deer Park

·         Bermalam di Osaka

 

(04dec) HARI KE-3: Kyoto – Tokyo (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Bergerak ke Shin-Osaka Station

·         Menaiki Bullet Train ke Tokyo

·         Tiba di Tokyo Station

·         Melawat Asakusa / Nakamise

·         Melawat Asakusa Mosque

·         Melawat Ueno / Ameyoko

·         Melawat Akihabara

·         Bermalam di Tokyo

 

(05dec) HARI KE-4: Mount Fuji Tour (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Sarapan pagi di hotel atau restoran halal

·         Dibawa ke Mt.Fuji 5th Station (bergantung kepada cuaca)

·         Melawat Lake Kawaguchiko (bergantung kepada masa)

·         Melawat Gotemba Premium outlet

·         Kembali ke Tokyo

·         Bermalam di Tokyo

 

(06dec) HARI KE-5: Free & Easy (Sarapan Pagi)

·         Free and easy

·         Bermalam di Tokyo

 

(07dec) HARI KE-6: Tokyo – Berlepas Pulang (Sarapan Pagi)

·         Daftar keluar hotel

·         Dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang

 

*Jadual perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan

 

Harga

                      HARGA MENGIKUT BILIK                      (SEORANG)

HARGA PAKEJ  (RM)

DEWASA BILIK BERDUA

6,977

KANAK-KANAK DENGAN KATIL

6,524

KANAK-KANAK TANPA KATIL

4,656

 

Harga Pakej Termasuk

PAKEJ TERMASUK

·         Penginapan di hotel beserta sarapan pagi

·         Tiket penerbangan antarabangsa

·         Hidangan makan minum seperti dalam jadual (Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Lawatan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan

·         Kenderaan dan pemandu pelancong berbahasa Indonesia/Melayu/Inggeris

·         Bayaran masuk ke Kiyomizu Temple

·         Bullet Train dari Osaka ke Tokyo

·         Tips untuk pemandu dan pemandu pelancong

·         1 botol air mineral untuk seorang setiap hari

·         Barangan Komplimentari dari Rayhar Travels

Harga Pakej Tidak Termasuk

PAKEJ TIDAK TERMASUK

·         Insurans perjalanan

·         Kos perbelanjaan / beli-belah dan Panggilan telefon di hotel, mini bar dan lain-lain

·         Makan selain dalam atur cara

·         Pilihan lawatan ke Disneyland atau Disneysea (Dewasa: RM307, Kanak-kanak 12-17thn: RM265, Kanak-kanak 4-11thn:RM206)

Maklumat Mesti Dibaca

MAKLUMAT PENTING YANG PERLU DIBACA

  • Kemudahan seterika kebiasaanya tidak disediakan di hotel.
  • Sebarang perubahan pada aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tiba di Malaysia.
  • Salinan passport hendaklah di fax / emel / pos 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Penempahan 3 orang sebilik kebiasaanya disediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua kerana tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room).
  • Peserta dinasihatkan agar membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana kebiasaanya lawatan banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta juga perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PAKEJ PELANCONGAN

1.      BAYARAN PENDAHULUAN SEBANYAK RM 500.00 SEORANG SEMASA MEMBUAT PENDAFTARAN DAN TIDAK DIKEMBALIKAN JIKA BERLAKU PEMBATALAN TANPA SEBAB MUNASABAH.

2.      UNTUK PAKEJ PERKHIDMATAN PENGENDALIAN (GROUND SERVICE) TANPA TIKET PENERBANGAN, DEPOSIT SEBANYAK 30% DARIPADA HARGA PERKHIDMATAN TERSEBUT PERLU DIBAYAR SEMASA TEMPAHAN DIBUAT.

3.      TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN PERLU DIJELASKAN SEPENUHNYA SEMASA PENGELUARAN TIKET DIBUAT BAGI MENGELAKKAN SEBARANG PERUBAHAN HARGA.

4.      HARGA YANG TERTERA DI BROSUR ATAU LAMAN WEB ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT.

5.      HARGA YANG DINYATAKAN ADALAH BELUM MUKTAMAD, SEHINGGALAH TEMPAHAN TIKET DIBUAT ATAU INVOIS PEMBAYARAN TELAH DIKELUARKAN.

6.      SUSUNAN TEMPAT DUDUK DALAM PENERBANGAN UNTUK TEMPAHAN BERKUMPULAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERATURAN SYARIKAT PENERBANGAN.

7.      HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN MATA WANG, SURCAJ BAHAN API, CUKAI, TEMPAT DUDUK, BILIK ATAU KEKOSONGAN TEMPAHAN LAWATAN. HARGA AKHIR AKAN DINYATAKAN SEMASA PENGELUARAN TIKET ATAU INVOIS BERSERTA JADUAL PERJALANAN.

8.      SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN TEMPAHAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. SESETENGAH PROMOSI TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN. CAJ TERTENTU AKAN DIKENAKAN UNTUK SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN SELEPAS TEMPAHAN DIBUAT.

9.      TIKET PENERBANGAN YANG TELAH DIKELUARKAN TERTAKLUK KEPADA SYARAT “NON-REROUTABLE/NON-ENDORSABLE/NON-REFUNDABLE OLEH PIHAK PENERBANGAN DAN SEBARANG ‘REFUND’ JIKA ADA TERTAKLUK KEPADA BUDI BICARA PIHAK PENERBANGAN.

10.  BAYARAN PAKEJ BERSERTA KOS VISA TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PEMBATALAN TEMPAHAN DIBUAT MELAINKAN DIBERI KELONGGARAN OLEH PIHAK-PIHAK BERKAITAN.

11.  SEBARANG PERTUKARAN DAN PEMBATALAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA TERUS DI PEJABAT RAYHAR TRAVELS SDN BHD PADA WAKTU PEJABAT (KECUALI CUTI UMUM).

12.  NAMA PESERTA MESTILAH MENGIKUT PASPORT SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. PERTUKARAN NAMA TIDAK DIBENARKAN SELEPAS PENGELUARAN TIKET DIBUAT.

13.  PESERTA HENDAKLAH MEMPUNYAI PASPORT ANTARABANGSA ATAU DOKUMEN PERJALANAN YANG DIIKTIRAF DAN SAH SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN DARI TARIKH KEMBALI KE NEGARA ASAL DAN JUGA VISA, SURAT VAKSINASI ATAU SIJIL KESIHATAN SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA DI NEGARA-NEGARA YANG AKAN DIKUNJUNGI.

14.  PESERTA DIGALAKKAN UNTUK MEMBELI INSURANS PERJALANAN UNTUK MELINDUNGI DIRI MEREKA DARIPADA KEMALANGAN, PENYAKIT, KEHILANGAN WANG ATAU BAGASI, PEMBATALAN DAN KELEWATAN PENERBANGAN.

15.  PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN BOLEH MENGENAKAN SEBARANG SEKATAN ATAU SYARAT-SYARAT PERJALANAN TAMBAHAN PADA BILA-BILA MASA.

16.  SYARAT DAN PERATURAN DIATAS HENDAKLAH DIBACA BERSAMA DENGAN TERMA DAN SYARAT AKTA INDUSTRI PELANCONGAN YANG DISERTAKAN BERSAMA.

17.  ATURCARA PAKEJ YANG DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JADUAL PENERBANGAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN DI MALAYSIA. SEBARANG TARIKH, LALUAN DAN MASA PENERBANGAN (RESCHEDULE) ADALAH TERTAKLUK KEPADA PIHAK PENERBANGAN DAN PENGURUSAN EJEN KAMI DI LUAR NEGARA.

18.  SEMUA PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PAKEJ LAWATAN KAMI DIANGGAP TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN MENERIMA SEMUA TERMA DAN SYARAT DI ATAS.



Cetak
http://www.rayhar.com/uno-admin/index.php?cur=cms/menupage&action=edit&id=15