BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI :

OKT '16
10

KURSUS UMRAH MINGGUAN OKT 2016 (KUALA LUMPUR)

Assalamualaikum, Untuk Makluman semua,...

Baca selanjutnya
JUL '16
25

NOTIS PRIVASI AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI   RAYHAR TRAVEL...

Baca selanjutnya
Lihat semua

BANDUNG 08 – 11 DIS 2018

Kod pakej : BANDUNG 08 DIS – 11 DIS 2018
Tarikh pelancongan : 08 Dis 2018 - 11 Dis 2018
Negara : Indonesia
DARI  RM 1,560.00
*Tertakluk kepada terma dan syarat pakej

Harga

                 HARGA MENGIKUT BILIK                  (SEORANG)

    HARGA PAKEJ      (RM)

DEWASA BILIK SEORANG

1,830

DEWASA BILIK BERDUA/BERTIGA

1,560

KANAK-KANAK DENGAN KATIL (02-11 TAHUN)

1,420

KANAK-KANAK TANPA KATIL (02-11 TAHUN)

1,270

BAYI (00-23 BULAN)

350

 

Aturcara Perjalanan

MAKLUMAT JADUAL PERJALANAN             

HARI PERTAMA: Ketibaan – Bandung (Makan Malam)

  • Tiba di Lapangan Terbang Husein Sastranegara dan disambut oleh pemandu pelancong
  • Melawat Gedung SATE
  • Melawat Gedung MERDEKA-Asia African Conference
  • Melawat Alun-Alun Bandung
  • Membeli belah di Toko Tiga - Original Jeans Center atau d’Fashion Textile Center atau Kain Sulam Centre
  • Makan malam di restoran tempatan
  • Bermalam di Bandung

 

HARI KE-2: Bandung (Sebelah Utara) (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Bergerak ke Lembang melalui Desa Wisata Bunga Cihideung
  • Melawat Dusun Bambu Resort atau Farmhouse Resort
  • Melawat dan makan tengahari di Sapu Lidi Resort atau Balibu Rest
  • Mengunjungi Floating Market Lembang atau The Lodge Maribaya
  • Kembali ke Bandung dan membeli-belah di Rumah Mode
  • Makan malam di restoran tempatan

 

HARI KE-3: Bandung (Sebelah Selatan) (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi di hotel dan bergerak ke Ciwidey
  • Melawat Glamping Lakeside - Tasik Patengang dan Kawah Putih
  • Kembali ke Bandung
  • Membeli belah di Cibaduyut Leather Industries dan Factory Outlet Jalan Riau
  • Kembali ke hotel

 

HARI KE-4: Bandung – Berlepas pulang (Sarapan Pagi)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
  • Singgah di Kartika Sari-Bakery & Cake Shop atau Amanda Brownies
  • Membeli belah di Pasar Baru Trade Centre
  • Dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang

 

*Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan

 

 

Harga Pakej Termasuk

PAKEJ TERMASUK

  • Penginapan di hotel beserta sarapan pagi

  • Tiket Penerbangan Antarabangsa (Malindo Air – 25kg)

  • Makanan seperti yang dinyatakan di dalam jadual 

  • Pengangkutan darat persendirian untuk ke tempat lawatan

  • Pemandu pelancong berbahasa Melayu

  • Bayaran masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam jadual

  • Tips untuk pemandu dan pemandu pelancong

  • Barangan komplimentari daripada Rayhar Travels

 

Harga Pakej Tidak Termasuk

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Insurans perjalanan

  • Bayaran bagasi lebih had

  • Kos perbelanjaan / beli-belah

  • Makan selain dalam atur cara

  • Caj peribadi di hotel: Panggilan telefon, mini bar dan lain-lain

 

 

Maklumat Mesti Dibaca

MAKLUMAT PENTING YANG PERLU DIBACA

  • Kemudahan seterika kebiasaanya tidak disediakan di hotel.
  • Sebarang perubahan pada aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tiba di Malaysia.
  • Salinan passport hendaklah di fax / emel / pos 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Penempahan 3 orang sebilik kebiasaanya disediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua kerana tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room).
  • Peserta dinasihatkan agar membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana kebiasaanya lawatan banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta juga perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PAKEJ PELANCONGAN

1.      BAYARAN PENDAHULUAN SEBANYAK RM 500.00 SEORANG SEMASA MEMBUAT PENDAFTARAN DAN TIDAK DIKEMBALIKAN JIKA BERLAKU PEMBATALAN TANPA SEBAB MUNASABAH.

2.      UNTUK PAKEJ PERKHIDMATAN PENGENDALIAN (GROUND SERVICE) TANPA TIKET PENERBANGAN, DEPOSIT SEBANYAK 30% DARIPADA HARGA PERKHIDMATAN TERSEBUT PERLU DIBAYAR SEMASA TEMPAHAN DIBUAT.

3.      TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN PERLU DIJELASKAN SEPENUHNYA SEMASA PENGELUARAN TIKET DIBUAT BAGI MENGELAKKAN SEBARANG PERUBAHAN HARGA.

4.      HARGA YANG TERTERA DI BROSUR ATAU LAMAN WEB ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT.

5.      HARGA YANG DINYATAKAN ADALAH BELUM MUKTAMAD, SEHINGGALAH TEMPAHAN TIKET DIBUAT ATAU INVOIS PEMBAYARAN TELAH DIKELUARKAN.

6.      SUSUNAN TEMPAT DUDUK DALAM PENERBANGAN UNTUK TEMPAHAN BERKUMPULAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERATURAN SYARIKAT PENERBANGAN.

7.      HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN MATA WANG, SURCAJ BAHAN API, CUKAI, TEMPAT DUDUK, BILIK ATAU KEKOSONGAN TEMPAHAN LAWATAN. HARGA AKHIR AKAN DINYATAKAN SEMASA PENGELUARAN TIKET ATAU INVOIS BERSERTA JADUAL PERJALANAN.

8.      SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN TEMPAHAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. SESETENGAH PROMOSI TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN. CAJ TERTENTU AKAN DIKENAKAN UNTUK SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN SELEPAS TEMPAHAN DIBUAT.

9.      TIKET PENERBANGAN YANG TELAH DIKELUARKAN TERTAKLUK KEPADA SYARAT “NON-REROUTABLE/NON-ENDORSABLE/NON-REFUNDABLE OLEH PIHAK PENERBANGAN DAN SEBARANG ‘REFUND’ JIKA ADA TERTAKLUK KEPADA BUDI BICARA PIHAK PENERBANGAN.

10.  BAYARAN PAKEJ BERSERTA KOS VISA TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PEMBATALAN TEMPAHAN DIBUAT MELAINKAN DIBERI KELONGGARAN OLEH PIHAK-PIHAK BERKAITAN.

11.  SEBARANG PERTUKARAN DAN PEMBATALAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA TERUS DI PEJABAT RAYHAR TRAVELS SDN BHD PADA WAKTU PEJABAT (KECUALI CUTI UMUM).

12.  NAMA PESERTA MESTILAH MENGIKUT PASPORT SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. PERTUKARAN NAMA TIDAK DIBENARKAN SELEPAS PENGELUARAN TIKET DIBUAT.

13.  PESERTA HENDAKLAH MEMPUNYAI PASPORT ANTARABANGSA ATAU DOKUMEN PERJALANAN YANG DIIKTIRAF DAN SAH SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN DARI TARIKH KEMBALI KE NEGARA ASAL DAN JUGA VISA, SURAT VAKSINASI ATAU SIJIL KESIHATAN SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA DI NEGARA-NEGARA YANG AKAN DIKUNJUNGI.

14.  PESERTA DIGALAKKAN UNTUK MEMBELI INSURANS PERJALANAN UNTUK MELINDUNGI DIRI MEREKA DARIPADA KEMALANGAN, PENYAKIT, KEHILANGAN WANG ATAU BAGASI, PEMBATALAN DAN KELEWATAN PENERBANGAN.

15.  PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN BOLEH MENGENAKAN SEBARANG SEKATAN ATAU SYARAT-SYARAT PERJALANAN TAMBAHAN PADA BILA-BILA MASA.

16.  SYARAT DAN PERATURAN DIATAS HENDAKLAH DIBACA BERSAMA DENGAN TERMA DAN SYARAT AKTA INDUSTRI PELANCONGAN YANG DISERTAKAN BERSAMA.

17.  ATURCARA PAKEJ YANG DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JADUAL PENERBANGAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN DI MALAYSIA. SEBARANG TARIKH, LALUAN DAN MASA PENERBANGAN (RESCHEDULE) ADALAH TERTAKLUK KEPADA PIHAK PENERBANGAN DAN PENGURUSAN EJEN KAMI DI LUAR NEGARA.

18.  SEMUA PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PAKEJ LAWATAN KAMI DIANGGAP TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN MENERIMA SEMUA TERMA DAN SYARAT DI ATAS.



Cetak
http://www.rayhar.com/uno-admin/index.php?cur=cms/menupage&action=edit&id=15