BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI :

OKT '16
10

KURSUS UMRAH MINGGUAN OKT 2016 (KUALA LUMPUR)

Assalamualaikum, Untuk Makluman semua,...

Baca selanjutnya
JUL '16
25

NOTIS PRIVASI AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI   RAYHAR TRAVEL...

Baca selanjutnya
Lihat semua

EROPAH 5 NEGARA 23 APR - 02 MEI

Kod pakej : EROPAH 5 NEGARA 23 APR - 02 MEI 2018
Tarikh pelancongan : 23 Apr 2018 - 02 Mei 2018
DENMARK - SWEDEN - NORWAY - GERMANY - NETHERLANDS
DARI  RM 7,990.00
*Tertakluk kepada terma dan syarat pakej

Harga

    HARGA MENGIKUT BILIK             (SEORANG)           

              HARGA ASAL              (RM)

          HARGA PROMOSI           (RM)

DEWASA BILIK SEORANG

9,350

9,150

DEWASA BILIK BERDUA

8,190

7,990

DEWASA BILIK BERTIGA

8,150

7,950

KANAK-KANAK (02-11 TAHUN)

8,050

7,850

BAYI

2,700

2,500

 

Aturcara Perjalanan

MAKLUMAT JADUAL PERJALANAN

(24 APR) HARI PERTAMA: Ketibaan – Copenhagen – Malmo (Makan Malam)

  • Tiba di lapangan terbang Copenhagen dan dijemput oleh pemandu pelancong
  • Melawat The Little Mermaid
  • Melawat Amalienborg
  • Melihat Rosenborg Castle & Gardens
  • Melihat Christiansborg Palace
  • Bergerak ke Malmo, Sweden
  • Daftar masuk hotel di Malmo

 

(25 APR) HARI KE- 2: Malmo – Stockholm (Sarapan Pagi, Makan Malam)

  • Dijemput di hotel jam 0730 pagi
  • Bergerak ke Stockholm (7jam)
  • Melawat Vasa Museum*
  • Daftar masuk hotel di Stockholm

 

(26 APR) HARI KE- 3: Stockholm – Archipelago – Stockholm (Sarapan Pagi, Makan Malam)

  • Dijemput di hotel jam 0730 pagi
  • Melawat Archipelago*
  • Melawat Stockholm Mosque
  • Melihat Drottiningholm (Royal) Palace
  • Melawat City Hall (stadshuset)
  • Melawat Old Town (Gambla Stan)
  • Bermalam di Stockholm

 

(27 APR) HARI KE- 4: Stockholm – Oslo (Sarapan Pagi, Makan Malam)

  • Dijemput di hotel jam 0730 pagi
  • Bergerak ke Oslo (6 ½ jam)
  • Daftar masuk hotel di Oslo, Norway

 

(28 APR) KE- 5: Oslo – Copenhagen (Sarapan Pagi, Makan Malam)

  • Dijemput di hotel jam 0730 pagi
  • Melawat Vigeland Sculpture Park
  • Melawat Holmenkollen
  • Melihat Oslo Royal Palace
  • Melawat Akershus Fortress
  • Bermalam di dalam Feri ke Copenhagen

 

(29 APR) HARI KE- 6: Copenhagen – Hamburg (Sarapan Pagi, Makan Malam)

  • Bergerak ke Hamburg (5 jam)
  • Melawat Hamburg Concentration Camp
  • Melawat Miniature Wonderland
  • Daftar masuk hotel di Hamburg

 

(30 APR) HARI KE- 7: Hamburg – Amsterdam (Sarapan Pagi, Makan Malam)

  • Dijemput di hotel jam 0730 pagi
  • Bergerak ke Amsterdam (5 jam)
  • Membeli belah si di Batavia Stad Outlet
  • Daftar masuk hotel di Amsterdam

 

(01 MEI) HARI KE- 8: Amsterdam (Sarapan Pagi, Makan Malam)

  • Dijemput di hotel jam 0730 pagi
  • Melawat Zaanse Schans
  • Melawat Cheese & Clog Factory
  • Melawat Volendam
  • Solat di Zaanse Mosque
  • Melawat Amsterdam City Centre
  • Bermalam di Amsterdam

 

(02 MEI) HARI KE- 9: Amsterdam – Berlepas Pulang (Sarapan Pagi)

  • Dijemput di hotel jam 0730 pagi
  • Melawat Keukenhof Tulips Garden*
  • Dibawa ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam untuk penerbangan pulang

 

*Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan

Harga Pakej Termasuk

PAKEJ TERMASUK

·         Penginapan 8 malam di hotel

·         Tiket Penerbangan Antarabangsa (Turkish Airlines + 30kg baggage)

·         Perjalanan bermula dari Copenhagen & balik melalui Amsterdam

·         Negara dilawati: Denmark, Sweden, Norway, Germany, Netherlands

·         Sarapan pagi (Continental) dan makan malam (Halal Muslim)

·         Perjalanan Muslim Tour (Solat dijaga)

·         Bas persendirian untuk ke tempat lawatan

·         Feri merentas Oslo ke Copenhagen

·         Pemandu pelancong berbahasa Melayu

·         Tips untuk pemandu pelancong

·         Barangan Komplimentari dari Rayhar Travels

Harga Pakej Tidak Termasuk

PAKEJ TIDAK TERMASUK

·         Insurans perjalanan

·         Makan tengahari (Harga makanan di restoran dari €12 – €21 euro seorang)

·         Tips untuk Pemandu Pelancong (mengikut kepuasan – Tidak Wajib)

·         Kos perbelanjaan / beli-belah dan lain-lain yang tidak dinyatakan

·         Bayaran masuk (ENTRANCE FEE) ke tempat yang perlu berbayar – Bayaran di Kaunter masuk

TEMPAT LAWATAN BERBAYAR   Optional*

BAYARAN MATAWANG ASING (SEORANG)

VASA MUSEUM STOCKHOLM

EUR 14.00

STOCKHOLM ARCHIPELAGO

EUR 29.00

TULIPS GARDEN KEUKENHOF

EUR 16.00

 

Maklumat Mesti Dibaca

MAKLUMAT PENTING YANG PERLU DIBACA

  • Kemudahan seterika kebiasaanya tidak disediakan di hotel.
  • Sebarang perubahan pada aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tiba di Malaysia.
  • Salinan passport hendaklah di fax / emel / pos 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Penempahan 3 orang sebilik kebiasaanya disediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua kerana tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room).
  • Peserta dinasihatkan agar membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana kebiasaanya lawatan banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta juga perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PAKEJ PELANCONGAN

1.      BAYARAN PENDAHULUAN SEBANYAK RM 500.00 SEORANG SEMASA MEMBUAT PENDAFTARAN DAN TIDAK DIKEMBALIKAN JIKA BERLAKU PEMBATALAN TANPA SEBAB MUNASABAH.

2.      UNTUK PAKEJ PERKHIDMATAN PENGENDALIAN (GROUND SERVICE) TANPA TIKET PENERBANGAN, DEPOSIT SEBANYAK 30% DARIPADA HARGA PERKHIDMATAN TERSEBUT PERLU DIBAYAR SEMASA TEMPAHAN DIBUAT.

3.      TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN PERLU DIJELASKAN SEPENUHNYA SEMASA PENGELUARAN TIKET DIBUAT BAGI MENGELAKKAN SEBARANG PERUBAHAN HARGA.

4.      HARGA YANG TERTERA DI BROSUR ATAU LAMAN WEB ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT.

5.      HARGA YANG DINYATAKAN ADALAH BELUM MUKTAMAD, SEHINGGALAH TEMPAHAN TIKET DIBUAT ATAU INVOIS PEMBAYARAN TELAH DIKELUARKAN.

6.      SUSUNAN TEMPAT DUDUK DALAM PENERBANGAN UNTUK TEMPAHAN BERKUMPULAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERATURAN SYARIKAT PENERBANGAN.

7.      HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN MATA WANG, SURCAJ BAHAN API, CUKAI, TEMPAT DUDUK, BILIK ATAU KEKOSONGAN TEMPAHAN LAWATAN. HARGA AKHIR AKAN DINYATAKAN SEMASA PENGELUARAN TIKET ATAU INVOIS BERSERTA JADUAL PERJALANAN.

8.      SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN TEMPAHAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. SESETENGAH PROMOSI TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN. CAJ TERTENTU AKAN DIKENAKAN UNTUK SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN SELEPAS TEMPAHAN DIBUAT.

9.      TIKET PENERBANGAN YANG TELAH DIKELUARKAN TERTAKLUK KEPADA SYARAT “NON-REROUTABLE/NON-ENDORSABLE/NON-REFUNDABLE OLEH PIHAK PENERBANGAN DAN SEBARANG ‘REFUND’ JIKA ADA TERTAKLUK KEPADA BUDI BICARA PIHAK PENERBANGAN.

10.  BAYARAN PAKEJ BERSERTA KOS VISA TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PEMBATALAN TEMPAHAN DIBUAT MELAINKAN DIBERI KELONGGARAN OLEH PIHAK-PIHAK BERKAITAN.

11.  SEBARANG PERTUKARAN DAN PEMBATALAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA TERUS DI PEJABAT RAYHAR TRAVELS SDN BHD PADA WAKTU PEJABAT (KECUALI CUTI UMUM).

12.  NAMA PESERTA MESTILAH MENGIKUT PASPORT SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. PERTUKARAN NAMA TIDAK DIBENARKAN SELEPAS PENGELUARAN TIKET DIBUAT.

13.  PESERTA HENDAKLAH MEMPUNYAI PASPORT ANTARABANGSA ATAU DOKUMEN PERJALANAN YANG DIIKTIRAF DAN SAH SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN DARI TARIKH KEMBALI KE NEGARA ASAL DAN JUGA VISA, SURAT VAKSINASI ATAU SIJIL KESIHATAN SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA DI NEGARA-NEGARA YANG AKAN DIKUNJUNGI.

14.  PESERTA DIGALAKKAN UNTUK MEMBELI INSURANS PERJALANAN UNTUK MELINDUNGI DIRI MEREKA DARIPADA KEMALANGAN, PENYAKIT, KEHILANGAN WANG ATAU BAGASI, PEMBATALAN DAN KELEWATAN PENERBANGAN.

15.  PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN BOLEH MENGENAKAN SEBARANG SEKATAN ATAU SYARAT-SYARAT PERJALANAN TAMBAHAN PADA BILA-BILA MASA.

16.  SYARAT DAN PERATURAN DIATAS HENDAKLAH DIBACA BERSAMA DENGAN TERMA DAN SYARAT AKTA INDUSTRI PELANCONGAN YANG DISERTAKAN BERSAMA.

17.  ATURCARA PAKEJ YANG DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JADUAL PENERBANGAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN DI MALAYSIA. SEBARANG TARIKH, LALUAN DAN MASA PENERBANGAN (RESCHEDULE) ADALAH TERTAKLUK KEPADA PIHAK PENERBANGAN DAN PENGURUSAN EJEN KAMI DI LUAR NEGARA.

18.  SEMUA PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PAKEJ LAWATAN KAMI DIANGGAP TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN MENERIMA SEMUA TERMA DAN SYARAT DI ATAS.



Cetak
http://www.rayhar.com/uno-admin/index.php?cur=cms/menupage&action=edit&id=15