BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI :

OKT '16
10

KURSUS UMRAH MINGGUAN OKT 2016 (KUALA LUMPUR)

Assalamualaikum, Untuk Makluman semua,...

Baca selanjutnya
JUL '16
25

NOTIS PRIVASI AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI   RAYHAR TRAVEL...

Baca selanjutnya
Lihat semua

UZBEKISTAN 15 - 21 SEPT

Kod pakej : UZBEKISTAN 15 SEPT - 21 SEPT 2017
Tarikh pelancongan : 15 Sep 2017 - 21 Sep 2017
Negara : Uzbekistan
"FRUIT PICKING SEASON"
DARI  RM 4,990.00
*Tertakluk kepada terma dan syarat pakej

Aturcara Perjalanan

MAKLUMAT JADUAL PERJALANAN

HARI PERTAMA- (15 SEPT): Ketibaan – Tashkent (Makan Malam)

·         Berlepas ke Tashkent (ETD: 1145)

·         Tiba di Tashkent (ETA: 1640), disambut oleh pemandu pelancong dan dibawa ke hotel

·         Makan malam dan bermalam di hotel

 

HARI KE-2- (16 SEPT): Tashkent – Bukhara  (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel

·         Berlepas ke Bukhara dengan menaiki keretapi

·         Daftar masuk hotel

·         Melawat tempat-tempat menarik di sekitar kawasan Bukhara

·         Makan malam dan diiringi dengan pertunjukan tarian

 

HARI KE-3- (17 SEPT): Bukhara (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Sarapan pagi di hotel

·         Melawat Citadel Ark dan Bolo-Khauz Mosque

·         Mengunjungi Ismael Samani Mausoleum dan Chashma Ayub Mausoleum

·         Melawat Poyi Kalon Ensemble

·         Makan tengahari di restoran tempatan

·         Melawat Kalyan Mosque dan Miri Arab Madrasah

·         Melawat Ulugbek Madrasah dan Nodir Divanbeghi Madrasah

·         Melawat Abdulaziz Khan Madrasah

·         Melawat Magoki-Attori Mosque

·         Melawat Lyabi-Khauz Ensemble

·         Makan malam di restoran tempatan

·         Bermalam di Bukhara

 

HARI KE-4- (18 SEPT): Bukhara – Gijduvan – Samarkand (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar

·         Bertolak ke Samarkand dengan melalui Bandar Gijduvan

·         Melawat Mausoleum Gijduvaniy

·         Melawat Gidjuvan Ceramics dan makan tengahari

·         Bertolak ke Samarkand (dalam perjalanan - singgah di ladang kapas dan menikmati suasana memetik kapas sendiri)

·         Melawat makam Imam Ismail Al-Bukhari

·         Tiba di Samarkand dan daftar masuk hotel

·         Makan malam di restoran tempatan

·         Bermalam di Samarkand

 

HARI KE-5- (19 SEPT): Samarkand – Tashkent (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar

·         Melawat Gur-E-Amir Mausoleum dan The Registan

·         Melawat Ulughbek Observatory

·         Melawat Makam Abu Mansur Matooriddiy

·         Makan tengahari di restoran tempatan

·         Melawat Siyab Bazaar (terdapat pelbagai jenis kekacang dan coklat)

·         Melawat Bibi Khanym Mosque & Mausoleum

·         Melawat Shah-i-Zinda

·         Berlepas ke Tashkent dengan menaiki keretapi

·         Tiba di Tashkent dan daftar masuk hotel

 

HARI KE-6- (20 SEPT): Tashkent – Parkent – Tashkent (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

·         Sarapan pagi di hotel

·         Melawat Madrassah Kukeldash, Centre of Muslim education

·         Melawat Mustaqillik Square, Madrassah and Mosque Barak Khan

·         Melawat Mausoleum Kaffal Al-Shashi dan Melawat Complex Hast Imam

·         Makan tengahari di restoran tempatan

·         Melawat Ladang Anggur di Parkent (berpeluang mengutip dan merasai anggur segar)

·         Makan malam di restoran tempatan

·         Bermalam di Tashkent

 

HARI KE-7- (21 SEPT): Tashkent – Berlepas Pulang (Sarapan Pagi, Makan Tengahari)

·         Sarapan pagi dan daftar keluar hotel

·         Membeli belah di Chorsu Bazar

·         Makan tengahari di restoran

·         Membeli belah di Samarkand Darvaza Shopping Center

·         Dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent untuk penerbangan pulang ke KLIA (ETD:2120)

 

*Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan

Harga

HARGA MENGIKUT BILIK

(SEORANG)

  HARGA ASAL    (RM)

HARGA PROMOSI (RM)

DEWASA BILIK SEORANG

5,720

5,520

DEWASA  BILIK BERDUA/ BERTIGA

5,190

4,990

KANAK-KANAK DENGAN KATIL (02-11 TAHUN)

4,220

4,020

KANAK-KANAK TANPA KATIL (02-11 TAHUN)

4,150

3,950

BAYI (01-23 BULAN)

750

550

 

Harga Pakej Termasuk

PAKEJ TERMASUK

·         Penginapan 6 malam beserta sarapan harian

·         Tiket penerbangan antarabangsa

·         Makanan Halal seperti dinyatakan dalam aturcara

·         Pemandu pelancong berbahasa Inggeris

·         Surat sokongan Visa Uzbekistan (Surat Jemputan dari MFA)

·         Tiket keretapi dari Tashkent ke Bukhara dan dari Samarkand ke Tashkent

·         Bayaran masuk ke tapak lawatan sejarah seperti dalam jadual

·         1 botol air mineral setiap orang setiap hari

·         Bayaran Tips dan Visa

·         Barangan Komplimentari dari Rayhar Travels

Harga Pakej Tidak Termasuk

PAKEJ TIDAK TERMASUK

·         Insurans perjalanan

·         Perbelanjaan perubatan

·         Kos perbelanjaan / beli-belah

·         Makan selain dalam atur cara

·         Bayaran bagasi lebih had

·         Caj peribadi di hotel: Panggilan telefon, mini bar dan lain-lain

Maklumat Mesti Dibaca

MAKLUMAT PENTING YANG PERLU DIBACA

  • Kemudahan seterika kebiasaanya tidak disediakan di hotel.
  • Sebarang perubahan pada aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tiba di Malaysia.
  • Salinan passport hendaklah di fax / emel / pos 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Penempahan 3 orang sebilik kebiasaanya disediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua kerana tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room).
  • Peserta dinasihatkan agar membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana kebiasaanya lawatan banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta juga perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PAKEJ PELANCONGAN

1.      BAYARAN PENDAHULUAN SEBANYAK RM 500.00 SEORANG SEMASA MEMBUAT PENDAFTARAN DAN TIDAK DIKEMBALIKAN JIKA BERLAKU PEMBATALAN TANPA SEBAB MUNASABAH.

2.      UNTUK PAKEJ PERKHIDMATAN PENGENDALIAN (GROUND SERVICE) TANPA TIKET PENERBANGAN, DEPOSIT SEBANYAK 30% DARIPADA HARGA PERKHIDMATAN TERSEBUT PERLU DIBAYAR SEMASA TEMPAHAN DIBUAT.

3.      TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN PERLU DIJELASKAN SEPENUHNYA SEMASA PENGELUARAN TIKET DIBUAT BAGI MENGELAKKAN SEBARANG PERUBAHAN HARGA.

4.      HARGA YANG TERTERA DI BROSUR ATAU LAMAN WEB ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT.

5.      HARGA YANG DINYATAKAN ADALAH BELUM MUKTAMAD, SEHINGGALAH TEMPAHAN TIKET DIBUAT ATAU INVOIS PEMBAYARAN TELAH DIKELUARKAN.

6.      SUSUNAN TEMPAT DUDUK DALAM PENERBANGAN UNTUK TEMPAHAN BERKUMPULAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERATURAN SYARIKAT PENERBANGAN.

7.      HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN MATA WANG, SURCAJ BAHAN API, CUKAI, TEMPAT DUDUK, BILIK ATAU KEKOSONGAN TEMPAHAN LAWATAN. HARGA AKHIR AKAN DINYATAKAN SEMASA PENGELUARAN TIKET ATAU INVOIS BERSERTA JADUAL PERJALANAN.

8.      SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN TEMPAHAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. SESETENGAH PROMOSI TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN. CAJ TERTENTU AKAN DIKENAKAN UNTUK SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN SELEPAS TEMPAHAN DIBUAT.

9.      TIKET PENERBANGAN YANG TELAH DIKELUARKAN TERTAKLUK KEPADA SYARAT “NON-REROUTABLE/NON-ENDORSABLE/NON-REFUNDABLE OLEH PIHAK PENERBANGAN DAN SEBARANG ‘REFUND’ JIKA ADA TERTAKLUK KEPADA BUDI BICARA PIHAK PENERBANGAN.

10.  BAYARAN PAKEJ BERSERTA KOS VISA TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PEMBATALAN TEMPAHAN DIBUAT MELAINKAN DIBERI KELONGGARAN OLEH PIHAK-PIHAK BERKAITAN.

11.  SEBARANG PERTUKARAN DAN PEMBATALAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA TERUS DI PEJABAT RAYHAR TRAVELS SDN BHD PADA WAKTU PEJABAT (KECUALI CUTI UMUM).

12.  NAMA PESERTA MESTILAH MENGIKUT PASPORT SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. PERTUKARAN NAMA TIDAK DIBENARKAN SELEPAS PENGELUARAN TIKET DIBUAT.

13.  PESERTA HENDAKLAH MEMPUNYAI PASPORT ANTARABANGSA ATAU DOKUMEN PERJALANAN YANG DIIKTIRAF DAN SAH SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN DARI TARIKH KEMBALI KE NEGARA ASAL DAN JUGA VISA, SURAT VAKSINASI ATAU SIJIL KESIHATAN SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA DI NEGARA-NEGARA YANG AKAN DIKUNJUNGI.

14.  PESERTA DIGALAKKAN UNTUK MEMBELI INSURANS PERJALANAN UNTUK MELINDUNGI DIRI MEREKA DARIPADA KEMALANGAN, PENYAKIT, KEHILANGAN WANG ATAU BAGASI, PEMBATALAN DAN KELEWATAN PENERBANGAN.

15.  PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN BOLEH MENGENAKAN SEBARANG SEKATAN ATAU SYARAT-SYARAT PERJALANAN TAMBAHAN PADA BILA-BILA MASA.

16.  SYARAT DAN PERATURAN DIATAS HENDAKLAH DIBACA BERSAMA DENGAN TERMA DAN SYARAT AKTA INDUSTRI PELANCONGAN YANG DISERTAKAN BERSAMA.

17.  ATURCARA PAKEJ YANG DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JADUAL PENERBANGAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN DI MALAYSIA. SEBARANG TARIKH, LALUAN DAN MASA PENERBANGAN (RESCHEDULE) ADALAH TERTAKLUK KEPADA PIHAK PENERBANGAN DAN PENGURUSAN EJEN KAMI DI LUAR NEGARA.

18.  SEMUA PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PAKEJ LAWATAN KAMI DIANGGAP TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN MENERIMA SEMUA TERMA DAN SYARAT DI ATAS.



Cetak
http://www.rayhar.com/uno-admin/index.php?cur=cms/menupage&action=edit&id=15