BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI :

OKT '16
10

KURSUS UMRAH MINGGUAN OKT 2016 (KUALA LUMPUR)

Assalamualaikum, Untuk Makluman semua,...

Baca selanjutnya
JUL '16
25

NOTIS PRIVASI AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI   RAYHAR TRAVEL...

Baca selanjutnya
Lihat semua

SV 02 DIS 2017

Kod pakej : 02 DIS 2017-13 DIS 2017
Tarikh pelancongan : 02 Dis 2017 - 13 Dis 2017
Negara : Saudi Arabia
KUL-JED-KUL
DARI  RM 6,430.00
*Tertakluk kepada terma dan syarat pakej
Pakej berikut telah penuh.

Dokumen Yang Perlu Untuk Urusan Pendaftaran / Visa

1. Passport Antarabangsa yang tarikh tamat sah laku tujuh (7) bulan ke dari tarikh berlepas dan mempunyai 3 muka surat kosong.

2. 4 keping gambar warna ukuran 6 x 4 cm, focus dari kepala ke dagu 4cm, jarak telinga ke telinga 3cm &latar belakang warna putih.  
(Lelaki-Tanpa Kopiah/songkok/baju berkolar & Perempuan – Bertudung Hitam)

3. Salinan Sijil Kelahiran (cop di jpn) jika anak perempuan / lelaki ikut serta & mykid bagi kanak-kanak yang berumur dibawah 12 tahun.

4. Salinan Surat Nikah (Cop pejabat agama) jika suami isteri pergi bersama.

5. Buku Rawatan Kesihatan Antarabangsa (Vaccine ACYM-135)

6. Surat Perlepasan Sekatan Perjalanan dari jabatan berkenaan (Jika berkaitan)

7. Lain-lain Dokumen yang perlu akan dimaklumkan kemudian berdasarkan perihal seseorang pemohon.

8. Deposit RM1000.00 semasa pendaftaran.

Harga Pakej Termasuk

1. Tiket Penerbangan Antarabangsa pergi dan balik kelas ekonomi termasuk cukai lapangan terbang.

2. Ziarah Madinah dan Makkah termasuk 3 kali umrah bermiqat di Taneem, Jaaranah dan Hudaibiah.

3. Beg besar, beg bimbit, beg sandang, sarungkasut, sticker/pelekat telekung, buku panduan umrah dan lain-lain.

4. Makan dan minum di tempat penginapan.

5. Air Zam-zam 5/10 liter seorang.

6. Kursus-kursus Umrah&Taklimat perjalanan akan diadakan sebelum bertolak.

7. Proses mendapatkan VISA dan tertakluk kepada syarat-syarat Kementerian Arab Saudi.

8. Perlindungan Takaful Ikhlas Kembara (Kemalangan Umrah berkelompok).

Harga Pakej Tidak Termasuk

1. Dobi.

2. Panggilan telefon dan telegram.

3. Bayaran untuk lebihan timbangan bagasi dari yang dihadkan (20kg sahaja).

4. Bayaran-bayaran selain dari yang dicatatkan di dalam aturcara.

5. Penerbangan dalam negeri (Malaysia) dan Saudi Arabia

Maklumat Mesti Dibaca

1. Harga adalah untuk Rombongan 30 Orang di atas dan bermula / berakhir di KLIA.

2. Harga Pakej bagi tempahan yang tidak cukup regu bilik, adalah tertakluk kepada susunan bilik terkini sebelum berangkat.

3. Tarikh, Laluan, Harga Pakej, Hotel & Atur cara adalah tertakluk kepada perubahan semasa dengan atau tanpa notis.

4.  Kemudahan cerek elektrik dan seterika kebiasaanya tidak disediakan di hotel.

5. Sebarang perubahan pada aturcara lawatan, harga &jadual penerbangan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.

6. Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 7 bulan dari tarikh tiba di Malaysia.

7. Salinan passport hendaklah di fax / emel / pos 45 hari sebelum tarikh berlepas.

8. Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.

9. Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

Aturcara Perjalanan

KUALA LUMPUR, MALAYSIA

*       Semua jemaah berkumpul di tingkat 5 KLIA Sepang

*       Urusan daftar masuk / taklimat ringkas / serahan pasport & Boarding Pass

 

MADINAH

 

*       Ziarah Maqam Nabi (s.a.w.) / Abu Bakar (r.a) / Omar (r.a) / Raudah / Perkuburan Baqi' berjalan kaki (dibimbing murshid)

*       Ziarah luar sekitar Madinah ( dibimbing murshid )

1) Masjid Quba'                                   

2) Jabal Uhud                                      

3) Masjid Qiblatain

4) Medan peperangan khandaq

5) Ladang tamar Bir Uthman

 

MADINAH-MAKKAH

*       Ziarah Wada' (bersendirian)

*       Bertolak ke Makkah al-Mukarramah

*       Berihram Umrah di Masjid Bir ‘ Ali

*       tiba di Makkah- menyempurnakan ibadat umrah ( dibimbing mutawwif )

*       Acara persendirian

*       Ziarah luar sekitar Makkah ( dibimbing murshid )

1) Jabal Thur                             

2) Arafah (Jabal Rahmah)      

3) Muzdalifah

4) Mina 

5) Jabal Nur (Gua Hira')                            

6) Jaaranah (Miqat Umrah)

 

*       Umrah bermiqat di Taneem 1 kali

*       Umrah bermiqat di Hudaibiah 1 kali

*       Acara persendirian

 

MAKKAH-JEDDAH

*       Tawaf Wada' (bersendirian)

*       Bertolak ke Jeddah - 90km

*       Berada di Terminal Haji Lapangan Terbang King Abd Aziz Jeddah

*       Urusan daftar masuk / serahan pasport & Boarding Pass

*       Berlepas ke kuala lumpur.

 

KUALA LUMPUR, MALAYSIA

*       Tiba di Kuala Lumpur/ sambungan penerbangan domestik

 

ATURCARA DI ATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA PINDAAN SEMASA

SILA BAWA SATU SALINAN ATURCARA INI UNTUK RUJUKAN DI TANAH SUCI

SILA SEMAK PILIHAN PAKEJ ANDA DENGAN PEJABAT RAYHAR YANG BERKENAAN

SEBELUM BERANGKAT

 

Terma & Syarat

Terma & Syarat

 

Jadual Keempat

(Subperenggan 6(l)(m)(ii))

AKTA INDUSTRI PELANCONGAN

PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN

(PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

PERNIAGAAN AGENSI PENGEMBARAAN) 1992

TERMA DAN SYARAT SERAGAM BAGI PAKEJ PELANCONGAN KE LUAR NEGERI

 

1.    Deposit Pelancongan

 

Deposit maksimum sebanyak 25% daripada tambang pelancongan setiap orang mesti dibayar sebagai fi penempahan. Bakinya atau bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas bagi pakej pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT) dan 21 hari bagi pakej pelancongan berkumpulan. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucuthakan deposit.

 

2.    Caj Pindaan

 

2.1.     Bagi Pakej Pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT)

 

2.1.1.    Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, apa-apa perubahan yang dibuat kemudiannya

             kepada penempahan itu akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM50.00 seorang bagi setiap

             perubahan.   

 

2.1.2.   Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa 8 hari bekerja sebelum tarikh berlepas.

 

 2.1.3.   Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal dan tertakluk kepada caj

             pembatalan seperti yang ditakrifkan dalam dasar pembatalan (lihat fasal 3.1 untuk pakej

             pelancongan FIT).

 

2.2.     Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan

 

2.2.1.    Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, tiada perubahan kepada tempahan boleh

             dibuatkan dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas.

 

2.2.2.    Walaubagaimanapun, apa-apa permintaan daripada mana-mana anggota untuk membuat apa-apa

             perubahan supaya dapat pulang lebih awal atau kemudian daripada kumpulannya, tertakluk

             kepada syarat masing-masing syarikat penerbangan.

 

2.2.3.   Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal.

 

 

3.     Caj Pembatalan Bagi Pembatalan Yang Dibuat Oleh Anggota Pelancongan

 

3.1.     Bagi Pakej Pelancongan FIT

 

3.1.1.    Pembatalan tempahan mesti dibuat secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat

             menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 30 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi

             pentadbiran minimum sebanyak RM50.00 atau 10% daripada deposit pelancongan (mengikut

             yang mana-mana yang lebih rendah) seorang akan dikenakan.

 

3.1.2.   Jika notis pembatalan itu diterima 29 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas caj yang berikut

            akan terpakai:

                                               

 

            Pembatalan Diterima     

 

 

          Caj Pembatalan Bagi

          Setiap Orang                             

 

15- 29 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan

 

 

50% daripada deposit

 

8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 

 

20% daripada tambang pelancongan

 

 

3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

 

 

40% daripada tambang pelancongan

 

2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas               

 

100% daripada tambang pelancongan

 

 

3.1.3  Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan mengenai promosi tambang istimewa  hendaklah terpakai sebagai tambahan  kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.1.2 I (Catatan: Tiket penerbangan adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat syarikat penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluannya. Apa-apa pindaan kepada laluan atau perubahan tarikh perjalanan oleh mana-mana penumpang adalah semata-mata atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, apa-apa bayaran balik yang dibuat oleh mana-mana syarikat penerbangan untuk pembatalan yang dibuat 2 hari bekerja atau kurang sebelum hari perjalanan bagi tambang bukan promosi hendaklah dibayar kepada anggota pelancongan selepas ditolak apa-apa caj pentadbiran yang ditanggung oleh syarikat pelancongan).

 

3.2     Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan

 

3.2.1    Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatal­kan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.

 

3.2.2    Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:

                                                 

 

 

                 Pembatalan Diterima   

 

 

                 Caj Pembatalan Bagi

                 Setiap Orang                             

 

22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan

 

Perlucuthakan deposit

 

 

5-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

 

 35% daripada tambang pelancongan

 

 

8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

 

 

50% daripada tambang pelancongan

 

3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas        

 

 

75% daripada tambang pelancongan

 

2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas                         

 

100% daripada tambang pelancongan

 

 

 

     3.1.3    Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah

                 terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.2.2.

                 (Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat syarikat

                 penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh

                 diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau

                 pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak

                 bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang

                 tertanggung).

 

 

 

*perlucuthakan- kehilangan hak deposit

 

4.     Pembatalan Oleh Syarikat

 

4.1.     Pakej Pelancongan FIT

 

      4.1.1.   Syarikat berhak untuk membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok,

                 rusuhan atau atas arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.

 

      4.1.2.    Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau

                   pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuska untuk tidak menerima pelancongan alternatif,

                   semua wang yang telah dibayar akan dibayar balik kepada penumpang selepas ditolak fi

                   pentadbiran yang kena dibayar.

 

4.2.    Pakej Pelancongan Berkumpulan

 

        4.2.1.   Syarikat berhak membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan

                    atau arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.

 

        4.2.2.   Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau

                    pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan

                    alternatif itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang selepas

                    ditolak fi pentadbiran yang kena dibayar.

 

        4.2.3.  Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan lawatan disebabkan oleh kekurangan penumpang

                   atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, syarikat

                   akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti yang

                   berikut :     

 

 

      Pembatalan Diterima                           

     

 

               Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang

 

8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

 

Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan

pampasan sebanyak RM50.00  

 

 

1 -7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 

 

Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan

pampasan sebanyak RM75.00      

                         

 

Pada hari berlepas                                 

 

Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan

pampasan sebanyak RM 100.00 seorang

 

 

5.     Dokumen Perjalanan

 

5.1.    Tanggungjawab Anggota Pelancongan

           Anggota pelancongan mestilah mempunyai :

 

     (a)   Pasport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi

                  tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal;

 

     (b)   Visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak

                 berkuasa negara yang hendak dilawati.

 

5.2.    Tanggungjawab Syarikat

   Syarikat mengaku janji untuk :

 

 (a)   Menasihati anggota pelancongan mengenai dokumen yang diperlukan

 

(b)   Mana-mana mungkin, syarikat akan membantu penumpang untuk memperoleh visa yang

          sesuai. Walaubagaimanapun, syarikat tidak dapat menjamin kelulusan mana-mana permohonan

          visa.

 

5.3.    Fi dan Caj Yang Relevan

 

   Caj perkhidmatan dan fi visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anggota pelancongan.

 

5.4.  Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan

 

 Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang  

 pelancongan selepas ditolak fi pentadbiran akan dibayar balik.

 

5.5.   Penolakan Kemasukan

 

Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.

 

6.     Maklumat Lawatan dan Harga

 

(1)  Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat ia mernberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.

 

(2)   Syarikat berwaad bahawa perkara-perkara yang berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan:

 

           (a)      Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa

                      cukai yang terpakai.

 

 (b)       Penginapan hotel, berdasarkan:

 

                 (i)   dasar berkongsi (dua orang sebilik) ;

 

                   (ii)  tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian - orang itu hendaklah membayar

                          tambahan seorang); dan

 

        (iii)  berkongsi tiga (tiga orang melancong bersama).

 

Bagi kumpulan yang terdiri daripada 3 orang, tempat penginapan adalah berdasarkan tiga orang berkongsi satu bilik di mana-mana berkenaan. Tambang pelancongan kanak-kanak sebagaimana yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak yang berumur 2 tahun tetapi tidak melebihi 12 tahun, yang berkongsi bilik kembar dengan dua orang dewasa.

 

           (c)      Semua makanan, lawatan bersiar-siar dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam

                      jadual perjalanan.

 

           (d)      Semua lawatan bersiar-siar dan pemindahan adalah berdasarkan tempat duduk dalam bas.

 

(3)    Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan ialah:

 

(a)       Dobi;

(b)       Makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim;

(c)       Rombongan pilihan;

(d)       Upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel; dan

(e)       Semua perkara persendirian.

 

 

*berwaad- mengikat perjanjian

 

 

7.     Bayaran Balik Untuk Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan

 

Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana anggota berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh anggota pelancongan atas sebab peribadi.

 

8.     Bagasi

 

Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli pelindungan insurans yang mencukupi.

 

9.     Kemungkinan Pertukaran

 

Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatan bersiar-siar, hotel dan Ialuan diubah. Jika ini berlaku, syarikat hendaklah membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.

 

10.   Hak Untuk Menolak Penempahan

 

Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi anggota pelancongan sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana peserta menyertai pelancongan itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada anggota pelancongan itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan fi perkhidmatan dan fi pembatalan.

 

11.   Tanggungjawab Syarikat

 

Syarikat dan ejen bersekutunya hendaklah bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam brosur mereka. Syarikat hendaklah membayar pampasan yang sesuai yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan sekiranya, selepas penyiasatan dibuat, Persuruhjaya mendapati perkhidmatan yang disediakan tidak seperti yang terdapat di dalam brosur dan perjanjian.

 

12.   Insurans Perjalanan

 

Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi. 

 


Cetak
http://www.rayhar.com/uno-admin/index.php?cur=cms/menupage&action=edit&id=15