BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI :

OKT '16
10

KURSUS UMRAH MINGGUAN OKT 2016 (KUALA LUMPUR)

Assalamualaikum, Untuk Makluman semua,...

Baca selanjutnya
JUL '16
25

NOTIS PRIVASI AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI   RAYHAR TRAVEL...

Baca selanjutnya
Lihat semua

NOTIS PRIVASI AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

25 Jul 2016

NOTIS PRIVASI
 
RAYHAR TRAVELS SDN BHD
 
NOTIS PRIVASI
 
Notis Privasi ini menyatakan bagaimana Rayhar Travels sdn bhd akan mengendalikan data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("APDP") dan undang-undang Malaysia.
 
 
1.Komitmen Kami Kepada Anda
 
Kami menghargai kepercayaan pelanggan-pelanggan kami dan komited untuk melindungi data peribadi anda dan memastikan bahawa data peribadi anda hanya digunakan untuk tujuan yang dinyatakan di sini.
 
2.Penentuan Data Peribadi
 
Data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda. Ini termasuklah apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk membezakan, mengenal pasti atau menghubungi anda.
 
3.Apa Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpulkan?
 
Sebagai pemegang lesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 kami mengumpul data peribadi pelanggan seperti yang dikehendaki di bawah Sektor Pelancongan dan Hospitaliti. 
 
(a) Orang berlesen yang menjalankan atau mengendalikan suatu institusi latihan pelancongan, pengendali pelancongan berlesen, agen pelancongan berlesen, atau pemandu pelancong berlesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].
 
(b) Orang yang menjalankan atau mengendalikan suatu premis penginapan pelancong berdaftar di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.
 
 Kami akan mengumpul data peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada:
 
•Maklumat peribadi anda, termasuklah nama anda, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, butiran kad pengenalan, butiran pasport , tujuan transaksi dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan transaksi perniagaan. Sekiranya diperlukan bagi memastikan pematuhan dengan undang-undang, kami akan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan butiran pekerjaan, maklumat akaun bank, gaji, sumber dana; dan/atau
 
•maklumat yang dirakam di dalam sistem keselamatan, termasuklah rakaman imej anda pada Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan rakaman suara anda semasa membuat panggilan kepada kami.
 
4. Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi Anda?
  • Kami akan mengumpul data peribadi secara langsung daripada anda atau wakil bertauliah anda apabila kami atau ejen-ejen syarikat pelancongan kami yang bertauliah menjalankan usaha yang sewajarnya ke atas pelanggan.
  • Menghubungi kami secara bersemuka atau melalui telefon untuk pertanyaan atau aduan; dan/atau rakaman imej anda pada CCTV kami.
  • Melalui tempahan secara online/offline dengan kami;
  • Melalui Borang Tempahan;
  • Melalui telefon, surat, fax, emel;
  • Bila pelanggan dengan sukarela melawat pejabat kami dengan sendiri;
  • Bila pelanggan menghubungi cawangan;
  • Bila kami menghubungi pelanggan;
  • Bila pelanggan melawat laman web, 
  • Bila pelanggan berinteraksi melalui media sosial.
 
5.Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda?
 
Kami akan menggunakan data peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan berikut: - 
  • Untuk tujuan pengecaman dan pengesahan identiti anda;
  • untuk membalas sebarang pertanyaan atau aduan yang mungkin anda ada mengenai perkhidmatan kami;
  • untuk disimpan bagi kegunaan transaksi anda di masa hadapan dengan kami;
  • Untuk pengesahan, memudahkan dan memproses Data Peribadi untuk  tempahan urusan pelancongan anda seperti tempahan hotel, pengangkutan, urusan darat, tiket masuk dan tiket penerbangan;
  • Untuk memproses sebarang bayaran melalui kad kredit;
  • Untuk memproses permohonan visa;
  • Untuk tujuan Insurans;
  • Untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan anda dan/atau pelanggan  lain;
  • Untuk menjaga akaun dan rekod kami;
  • Untuk menguatkuasakan hak-hak dan kewajipan dalam kontrak dan perundangan;
  • Untuk mematuhi sebarang syarat-syarat perundangan atau peraturan;
  • Untuk tujuan pentadbiran;
  • Untuk tujuan akaun (pembilan dan audit);
  • Untuk imigrasi, kawalan kastam;
  • Untuk keselamatan, sekuriti, statistik dan analisis pemasaran, pengurusan sistem informasi, sistem percubaan;
  • Untuk penyelenggaraan dan pembangunan, operasi, sokongan, ‘survey’ pelanggan, khidmat pelanggan; dan 
  • Untuk meningkatkan dan membantu kami pada urusan dengan anda yang akan datang, yakni dengan menentukan keperluan dan pilihan anda.
  • Mahkamah.untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan.
 
6.Kepada Siapakah Kami Mendedahkan Data Peribadi Anda?
 
Kami mungkin dikehendaki atau perlu mendedahkan maklumat mengenai anda kepada pihak ketiga seperti berikut:
 
  • Lain-lain pihak berkuasa yang berkaitan jika pendedahan tersebut diperlukan oleh mahkamah atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis
  • Anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan Rayhar Travels Sdn Bhd yang mana perlu untuk memudahkan pelancongan anda; 
  • Kepada syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, pengusaha tanah, pengusaha hotel, ejen tempahan, pembekal pengangkutan, Syarikat Penerbangan, Syarikat Insurans, panduan pelancongan atau pihak ketiga yang lain untuk memudahkan urusan komersial anda;
  • Apabila diperlukan oleh undang-undang, proses pertanyaan undang-undang daripada pihak berkuasa dan / atau perkara yang berhubungan dengan kehidupan, kematian, keselamatan, kesihatan atau harta individu atau perbadanan, dan / atau mana-mana kewajipan berkanun atau perlembagaan yang berkaitan.
  • Bank kami untuk mendapatkan kebenaran bagi urus niaga dan untuk pembayaran
  • Lain-lain kontrak pemproses data/kuasa; 
  • Syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai agen kami, pembekal-pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat-penasihat profesional, dan pihak-pihak yang perlu untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan;
  • Bakal atau pemilik baru (jika ada) sebagai contoh, kami akan meminta mereka untuk mengamalkan notis yang serupa untuk melindungi data peribadi anda.
  • Tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada Rayhar Travels sdn bhd.

 

7.Bagaimanakah Kami Melindungi Data Peribadi Anda?
 
Kami mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan data peribadi anda dilindungi daripada kerugian yang tidak dibenarkan atau tidak disengajakan, salah guna, pengubahsuaian, pendedahan atau kemusnahan. 
 
8.Bagaimanakah Anda Boleh Mengakses/Membetulkan/Mengemas Kini Data Peribadi Anda?
 
Jika anda ingin mempunyai akses kepada data peribadi anda dalam simpanan kami, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi seperti yang terdapat dalam simpanan kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau di mana berkaitan, tidak dikemaskini, anda boleh memohon kepada kami secara bertulis. Permohonan anda perlu disertakan dengan maklumat-maklumat berikut:
 
_________________________________________________________________________________________________________
· Butiran peribadi anda:

√      Nama (seperti di Kad Pengenalan bagi rakyat Malaysia/Pasport bagi warga asing)

√      No. Kad Pengenalan/No. Pasport

√      Alamat penuh

√      No. Telefon Rumah & No. Telefon bimbit

√      E-mel

· Jenis permintaan:

√      Sesalinan data peribadi anda; dan/atau

√      Mengemas kini data peribadi (Sila nyatakan maklumat yang perlu dikemas kini)

 

Permohonan hendaklah disertakan bersama Akuan Pelanggan seperti berikut, yang ditandatangani dan bertarikh seperti berikut:

 

“ Saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan di dalam permohonan ini adalah benar dan tepat”

 

 

……………………………………….

(Tandatangan pelanggan)

Tarikh:

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila hantar permohonan anda ke:

 

Nama Syarikat: Rayhar Travels Sdn Bhd

Alamat: No 1341-1, Hadapan Sek Men Sultan Ismail,Kg Besut, 24000, Kemaman, Terengganu

No. Faks: 09-8582945    

______________________________________________________________________________________________

Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk mematuhi permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan data peribadi anda dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan permohonan secara bertulis.
 
 
9. Berapa Lamakah Kami Boleh Menyimpan Data  Peribadi Anda?
 
Kami akan menyimpan segala maklumat mengenai transaksi anda bersama kami, termasuklah data peribadi sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun atau menjangkaui tempoh pengekalan yang ditetapkan untuk keadaan luar biasa contohnya sementara menunggu prosiding undang-undang atau penyiasatan yang belum lagi mencapai mutlak.  
 
10. Notifikasi Sebarang Pertukaran
 
Sila ambil perhatian bahawa Notis ini akan dipinda dari masa ke semasa mengikut undang-undang dan peraturan yang terpakai dan sebarang perubahan adalah sah terhadap anda. Versi terbaru Notis ini boleh didapati kepada semua pelanggan. Sila lawati laman web kami dari masa ke masa untuk Notis yang dikemaskini.
 
11. Persetujuan Anda
 
  • Anda dianggap mempunyai pengetahuan dan telah bersetuju terhadap Notis kami apabila kami menghantar/memaparkan/menarik perhatian anda/meletakkannya di laman web kami dan/atau mengiklankan Notis.
  • Secara umumnya, dengan menggunakan laman web/servis Rayhar Travels, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat ini oleh Rayhar Travels dalam cara yang dihuraikan di atas (yang mungkin berubah dari semasa ke semasa) melainkan dan sehingga anda memaklumkan kami sebaliknya.
  • Jika anda telah memberikan kami maklumat peribadi individu pihak ketiga dalam parti perjalanan anda, anda dikehendaki mendapatkan persetujuan individu dan anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka atau selainnya berhak untuk memberikan maklumat peribadi mereka kepada kami.
  • Dalam kebanyakan keadaan, ia adalah wajib bagi anda untuk memberikan kami maklumat peribadi anda untuk membolehkan kami memenuhi permintaan anda atau menyediakan anda dengan perkhidmatan yang anda minta.
  • Walau bagaimanapun, jika berkenaan, kami akan menyediakan anda dengan peluang untuk memilih keluar atau berhenti melanggan daripada menerima pemasaran, komunikasi, tawaran promosi, surat berita atau apa-apa komunikasi lain dari Rayhar Travels. 
 
 
 


Kembali ke Berita Terkini


Cetak
http://www.rayhar.com/uno-admin/index.php?cur=cms/menupage&action=edit&id=15