KENYATAAN MEDIA

21 Jun 2019

Susulan kepada kenyataan akhbar tempatan dan media sosial bertarikh 21 Jun 2019, Rayhar Travels sdn bhd ingin menjelaskan bahawa kes tersebut adalah berkaitan dengan kemasukan bayaran dengan cek untuk pembiayaan pakej umrah ke dalam akaun Rayhar Travels sdn bhd.

Bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul mengenai penglibatan kami dalam kes ini, kami ingin menjelaskan bahawa bayaran tersebut diterima dari seorang individu yang menaja rakyat jelata kawasan Pekan bagi mengerjakan umrah pada tahun 2013.

Pada tahun 2018 kami dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa bayaran cek tersebut adalah dipercayai dari akaun Ambank bekas Perdana Menteri seperti dinyatakan dalam akhbar tempatan tersebut.

Transaksi yang berlaku adalah hanya urusniaga pendaftaran umrah pada tahun 2013.

Pelanggan pakej Umrah, Haji dan Pelancongan Rayhar tidak perlu khuatir kerana kami telah memberi keterangan dan kerjasama kepada pihak berkuasa berkenaan perkara ini sejak tahun 2018 lagi.

Operasi Syarikat berjalan seperti biasa tanpa sebarang sekatan.



Kembali ke Berita Terkini